Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kami Disahkan Covid-19

Assalamualaikum

Kami Disahkan Covid-19 | Sepi blog buat seketika. Mencari mood untuk mengarang entri setelah baik dari sakit yang diuji. Perisai tembus akhirnya setelah lebih 2 tahun bertahan. Sungguh tak diduga Mac 2022 kami diuji dengan covid-19. Wabak yang tidak kelihatan tapi pantas bertindak menundukkan mangsa.

04.03.2022 - Alif tiba-tiba demam. Masa ni anak bertiga ada di rumah pengasuh. Maklumlah ibu diorang kerja. Saya minta Alif bertahan hingga petang sebab rakan sekerja saya sedang menjalani kuarantin.

05.03.2022 - Demam masih belum kebah. Saya beri ubat demam secara konsisten. Lap badan dia selalu untuk kurangkan panas.

06.03.2022 - Alif masih dedar. Bila dia bangun tidur, saya terus buat ujian antigen RTK. Kit oral fluid ni saya beli di farmasi masa awal-awal pengeluaran kit test. Tahu tak, masa tu harganya berapa? RM30 untuk 1 kit! Jauh betul harganya berbanding sekarang yang boleh didapati dengan harga bawah RM10.


Saya buat saliva test sebab hati rasa tak sedap. Bayangkan dia sudah 3 hari demam tapi tak juga kebah. Firasat saya betul, result saliva test Alif, +ve. Oleh sebab kompeni en.suami mahukan pengesahan klinik, kami bawa dia ke klinik pula. Keputusan nasal pun +ve. Redalah kami suami isteri. Secara tidak langsung kami sekeluarga menjadi contact rapat.


Memandangkan bermula 1 Mac 2022 SOP telah berubah, agak sukar bagi kami untuk kuarantin sebab saya perlu bekerja seperti biasa. Tiada kuarantin bagi saya melainkan saya disahkan +ve. Mujur en.suami diarahkan untuk kuarantin sebab dia bergejala. Dapatlah dia jaga anak-anak.

Balik dari klinik terus singgah farmasi pula sebab perlu beli covid-19 test kit. Tak banyak pilihan yang ada di farmasi sebab kebanyakkannya out of stock. Tapi, perlu juga beli untuk stock di rumah. Andai kata kami bergejala, kena pastikan juga +ve atau tidak.



07.03.2022 - Masih bekerja seperti biasa sebab takde gejala. Cuma ada rasa sakit tekak sikit. Tekak terasa perit sikit dan untuk mengurangkan rasa perit tu memang perlu minum air masak banyak-banyak.

08.03.2022 - Masih nak pergi kerja seperti biasa. Pagi tu buat juga swab test nasal, tapi result masih -ve. Tekak semakin perit dan kepala terasa pusing. Pening tau. Penyudahnya telan 2 biji panadol dan tak lama lepas tu terus tertidur. Terus ambil AL.


Tengahari tu saya dah mula hilang selera makan dan mula selesema. Makan pun sekadar jamah-jamah. Selepas Asar rasa lemah dan makan panadol lagi. Memang fikir nak tidur je sebab kepala pusing. Celik mata je rasa pening. Mungkin sebab perut kosong, angin naik ke kepala dan saya mula muntah-muntah. Rasa nak pitam pun ada. Begitulah keadaan saya hingga malam.

09.03.2022 - Bangun tidur terus buat swab test lagi. Cucuk lah hidung yang memang sedia kembang ni. Sahih, keputusan +ve. Dengan simptom yang saya alami lagi, memang patut +ve.


Selepas solat subuh, updated mySJ, terus bertukar merah. Maka bermulalah kuarantin saya selama 7 hari. Terus perlu updated assessment. Hari pertama heart rate saya drop, <50. Hari ke-2 heart rate saya naik pula >100. Hari ke-3 baru normal. Bacaan lain-lain sehingga hari ke-7 lebih kurang macam dalam gambar.


16.03.2022 - Alhamdulillah saya sudah kembali bekerja. 



Hanya Alif dan saya sahaja yang +ve Covid19. Saya tidaklah berasingan sangat dengan anak-anak. Tetap tidurkan si kecil Azri, buatkan susu, memasak, mandikan dan buat kerja rumah seperti biasa. Cuma saya sentiasa memakai pelitup muka tidak kira saat bersama mereka, memasak, buat kerja rumah dan apa jua yang saya lakukan kecuali mandi. Bukan apa, saya risau saya terbatuk atau terbersin ketika saya tidak memakai pelitup muka.

Syukur alhamdulillah atas ujianMu.









Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah, Mar dah bebas covid kan.

    Kita ni yang risau.. risau.. rasa macam menunggu giliran dah pulak.

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah.. moga Mar sekeluarga baik-baik aja dan terus kekal sihat ya...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah Mar dah sihat. Terus jaga kesihatan tau. Sekali sekala rasa sakit tu masih terasa. Saya pun walaupun dah 2 bulan lebih kadang ada rasa juga sakit kat dada tiba2. Huhu.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code