Warga yang duduk di Taman Rinting, Masai mesti selalu pergi pasar malam pasar rinting kan? Yang beroperasi setiap petang Isnin hingga ke malam. Saya selalu juga pergi, sekadar beli makanan untuk juadah makan malam. Malas masak kaedahnya.

Isnin lalu, seperti biasa ke pasar malam tersebut seperti sebelum-sebelum ni. Boleh pula tergerak nak beli sate. Sate Tok Aki. Macam sedap sangat je, lebih-lebih lagi aroma sate berterbangan pabila peniaga membakarnya. Perghh...mencucuk-cucuk hidung. Menggoda nafsu.

Saya segera order, "Dik, daging 20, ayam 5 ye". Sewaktu ini, tidak kelihatan pelanggan lain selain saya.

"Ok kak, kejap ye."

Datang pula seorang pelanggan.

"Bagi saya 5-5"

"Ok kak, kejap ye"

Datang seorang lagi, pelanggan dari kuala mungkin.

"Daging 10, ayam 10"

"Ok, kejap ye"


Dia sedang kusyuk mengira sate pelanggan yang telah menempah lebih awal. Sangkaan saya tidak perlu menunggu terlalu lama sebab tidak kelihatan pelanggan lain selain kami. Saya dan 2 orang pelanggan tadi sahaja lagi. Kami tercongok di depannya menanti tempahan kami.

Tidak lama selepas itu, pelanggan semakin ramai. Ada yang menempah sahaja, dan akan ambil tempahan kemudian. Saya yang berada di hadapannya, di tanya lagi. "Akak dah order" Saya angguk dan jawab ye. Siap selak buku kecil dia tu.

"Akak order apa ye tadi?"

"Daging 20, ayam 5"

"Oh..ok..ok..sekejap ye"


Pelanggan yang datang semakin bertambah. Tempahan bertambah. Saya perhatikan saja, menanti tempahan saya. Dari berdiri di hadapannya, saya berganjak ke tepi pula sebab mahu memberikan tuala kepada Aisyah.


"Akak dah order?"

"Dah. Yang daging 20, ayam 5 tadi"


Saya masih bersabar. Pelanggan yang datang kemudian pun boleh dapat dahulu. Masa ni saya dah fikir untuk tinggalkan saja gerai tersebut. Tetapi, dek kerana Aisyah menyebut mahu ayam, saya masih berdiri tegak di situ.

Bila pelanggan lain yang datang lebih lambat dari kami sudah dapat tempahan mereka, saya sudah mula bengang. Dua orang pelanggan yang saing saya tadi pun sudah mula bengang.

Pelanggan yang menempah 5-5 tadi bertanya, "Dik, 5-5"

"Akak dah order?"

"Dah lama"


En.suami mula naik angin. Dia mencuit saya dan berbisik kepada saya "Lambatnya??"


Selamba saja saya bertanya kepada peniaga tersebut dengan suara agak keras " Yang daging 20, ayam 5 tak siap-siap ke dari tadi?"

Wah...terus dapat!! Yang menghairankan saya tercongok depan dia menunggu tempahan boleh ditanya berulang-ulang kali. Padahal saya lihat dia ada tulis tempahan pelanggannya. Siap selak-selak buku kecil tu. Selak untuk apa entah. Pelanggan yang order kemudian dari saya pun boleh dapat lebih awal dari saya. Mana saya tak marah.

Itu nasib saya. Nasib pelanggan kuala tu pula entah macamana. Dia semakin kebelakang- kebelakang. Terus terang saya katakan, ini adalah kali pertama dan terakhir saya beli sate di situ.


Pinjam dari Google ~
Buat pengetahuan semua, sate tok aki tu tidak lah meletopp sangat, lebih baik sate di hadapan Klinik Rabbisyafina tu. Serius! Jauh lebih sedap.




Nota Kaki : Kalau mahu berniaga, janganlah dahulukan orang yang korang kenali dahulu, ikutlah turutan tempahan. Cam setiap pelanggan anda. Takkan lah tak cam. Kata peniaga!