Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Comfort Shoes Vsoft


Cuci-cuci mata di vsoftshoe.com, memang banyak sandal comfort yang berkenan di hati. Ditambah pula ada sales, teruja nak beli. Design pun cantik-cantik.

Tapi sayangnya saiz 5 banyak yang sold out. Kaki comel, tak boleh pakai sandal sembarangan. Skodeng punya skodeng, akhirnya, ada juga yang berkenan di hati. Bila dah beli, memang tak sabar lah tunggu abang posmen hantar kan.

Bila barang dah sampai, semakin bertambah lah keterujaan. Tapi, saiz yang dihantar tidak sama. Saiz 6. Alahaiii... kempunan. Kempunan nak pakai sandal baru. Dalam kempunan tu, niat di hati mahu return back, sebab segala postage charge akan ditanggung pihak mereka. 

Penjelasan pihak mereka, kebiasaannya saiz lebih kecil dari saiz sebenar, bermakna jika pelanggan tempah saiz 5, mereka akan beri saiz 6, jika pelanggan tempah saiz 6, akan diberi saiz 7. Walaupun penjelasan agak tidak masuk akal pada saya, tapi saya boleh terima sebab mereka mengakui akan kesilapan mereka dan boleh refund.

Pilihan saya setelah seharian berfikir, malas return back. Saya hadiahkan kepada emak saya. Mujur sedang-sedang bila disarungkan ke kaki emak.


Inilah dia comfort shoes tu. Saiz 6. Berbeza dengan sandal Nautifit bersaiz 5.



Nak cuci mata??
Meh ke vsoftshoe.com.






Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. tapi cantik la kaler kuning.. menyerlah kaki.. :)

    BalasPadam
  2. Ala...x dapat nk bergaya dgn kasut baru...Hopefully boleh tukar...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tukar tapi malas nak tukar..hadiahkan kat mak je

      Padam
  3. Cantik kasut tu mar. X pelah bukan rezeki mar. ALLAH nk ganti yg lebih baik la tu insyaAllah. Menggembirakan hati seorang ibu pun dpt pahala ^^

    BalasPadam
  4. suka tengok yang nautifit tu. nampak kemas ^^

    BalasPadam
  5. tau2 je el tgh cari kasut ni
    nak cari range RM20 hahaha
    kat nile byk tp xde yg berkenan
    jap g nak usha kat page tu pulak

    BalasPadam
  6. Haaa ade tempat baru nak cuci mata ni ^_^

    BalasPadam
  7. Memang rezeki utk emak sebenarnya Mar.
    Mar boleh beli lagi.

    BalasPadam
  8. Sejak2 dah kawen dan beranak ni, mmg sandal gini je la yg jadi pilihan kalbu. Baru2 ni ada pegi beli kasut dan sandal, test juga kasut2 highheels yg dulu masa muda2 selalu saya pakai. Sekali bila sarung je, uihh.. cannot go. Keraih kejung. Pastu terfikir, cemana la satu masa dulu saya boleh sabar pakai kasut keras. Nak nampak santek punye pasal, keras pun takpe. Tp skrg dah takleh dah.

    BalasPadam
  9. akak tak penah beli kasut or sandal online, tkt tak sesuai ngn kaki yg beso gabak ini huhuhui

    BalasPadam
  10. Murah rezeki hadiahkan dekat mak.sandal camni mmg selesa. Sy suka!

    BalasPadam
  11. sy pon klu jdi kes cam ni mlas nk return back mmng sedekah kt org je la...

    BalasPadam
  12. apa ciri2 sandal ni? sama tak mcm sandal Scholl..

    BalasPadam
    Balasan
    1. scholl memang terbaik...tapi sandal vsoft ni pon ok pada saya..comfort..cam jenis bata atau Bnc

      Padam
  13. yup..memang selesa pakai ni...mak pun guna..

    BalasPadam
  14. Tak pernah beli online.....so tak tau jerih perih dia macamana Mar....
    Tak perlah rezeki maklah tu namanya hihi

    BalasPadam
  15. macam tak logik pulak jawapan dia bagi tu..tak pe la.rezeki untuk orang tersayang tu..:)

    BalasPadam
  16. Selalu beli brand schol je. X pernah try brand ni. Tp kalau high heels mmg ampun la. Berjalan setapak dua pun dah kejung

    BalasPadam
  17. Tu yg payah kalau beli kasut online. Takut salah size.

    BalasPadam
  18. nasib ik ngam kat kaki mak kan ... tak lah membazir . sis lak saiz 4 . klu tetiba dihantar saiz 5 , my anak buahpun x bleh pakai ...

    sis tag awak utk giveaway
    http://harumankasehvee.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html

    BalasPadam
  19. Nasib baik emak sis blh muat kan, x la rugi

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code