Buka facebook, macam-macam barang jualan yang peniaga iklankan. Memang berlambak, tinggal pilih je. Sebagai pelanggan, kita pasti mahukan harga yang murah dan dalam masa yang sama, kualiti terjaga.

Memang teruja melihat iklan jualan yang murah-murah, promosi katanya. Siapa yang tidak mahu kan? Model yang mengenakan tudung tersebut pun nampak berseri-seri je. Bertambahlah minat mahu membeli. Memang nafsu kuat sungguh, melihat barang yang cantik dan murah ni.

Kalau setakat murah tapi kualiti tak terjaga, tak guna juga. Pelanggan akan cop anda seorang peniaga yang tidak ikhlas! Jual barang dagangan yang tidak berkualiti, yang tidak layak untuk dijual.

Inilah risiko shopping online, material tidak kelihatan di depan mata hanya berpandukan gambar yang dihantar melalui whatAps dan diupload di facebook.


Ini adalah contoh ~ Lihatlah tudung senget!

Tudung ini dijual dengan harga RM34/ 3 helai. Postage RM6.
Total = RM40.
Helaian pertama = Senget seperti dalam gambar. Jahitan di bahagian kepala tidak kemas, berkedut.
Helaian Kedua = Jahit tepi tidak kena pada hujung kain. Seolah digigit tikus apabila kain kian tertarik-tarik.
Helaian Ketiga = Jahit tepi bahagian kepala tidak kena menyebabkan bahagian atas nampak tidak kemas.


Wahai peniaga, berniagalah dengan jujur. Jangan fikir keuntungan semata-mata. Sedangkan barang yang anda jual kualiti ke laut. Pastikan barang dagangan anda dalam keadaan yang baik, seperti yang anda paparkan.

Kalau pelanggan tidak halalkan, makanlah korang duit haram. Mana tidaknya, pelanggan beli dengan wang. Harga barang dan harga postage. Kalau mahu perniagaan  maju, jangan lakukan dengan cara mudah sebegini. Hasil jahitan tidak cantik, rosak, salah potong tapi anda tetap menjualnya dengan harga murah. Ini dikira menipu pelanggan.



Inilah gambar model yang menambat hati kami.


Ini pula pilihan yang ada. Saya memilih no. 13 (gambar tudung senget di atas).



Kawan saya yang deal dengan peniaga ada menyatakan ketidakpuashatian kami. Dia minta kami pos semula tetapi postage tidak ditanggung. Haihhhh... Memang tak kuasa nak mengepos kalau rupa gini.

Akhirnya, saya tawar hati. Pakai juga tudung tu walaupun senget dengan perasaan marah. Saya cuba untuk ikhlaskan hati sebab saya sudah pakai. Pakai sebab saya sudah beli! Kalau ikutkan hati memang saya marah dengan peniaga macam ni. Jual barang asal boleh je. Tak jaga kualiti langsung! 




Nota Kaki : Saya bekerja di QA/QC department. Harap maklum...