Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Berniagalah Dengan Jujur



Buka facebook, macam-macam barang jualan yang peniaga iklankan. Memang berlambak, tinggal pilih je. Sebagai pelanggan, kita pasti mahukan harga yang murah dan dalam masa yang sama, kualiti terjaga.

Memang teruja melihat iklan jualan yang murah-murah, promosi katanya. Siapa yang tidak mahu kan? Model yang mengenakan tudung tersebut pun nampak berseri-seri je. Bertambahlah minat mahu membeli. Memang nafsu kuat sungguh, melihat barang yang cantik dan murah ni.

Kalau setakat murah tapi kualiti tak terjaga, tak guna juga. Pelanggan akan cop anda seorang peniaga yang tidak ikhlas! Jual barang dagangan yang tidak berkualiti, yang tidak layak untuk dijual.

Inilah risiko shopping online, material tidak kelihatan di depan mata hanya berpandukan gambar yang dihantar melalui whatAps dan diupload di facebook.


Ini adalah contoh ~ Lihatlah tudung senget!

Tudung ini dijual dengan harga RM34/ 3 helai. Postage RM6.
Total = RM40.
Helaian pertama = Senget seperti dalam gambar. Jahitan di bahagian kepala tidak kemas, berkedut.
Helaian Kedua = Jahit tepi tidak kena pada hujung kain. Seolah digigit tikus apabila kain kian tertarik-tarik.
Helaian Ketiga = Jahit tepi bahagian kepala tidak kena menyebabkan bahagian atas nampak tidak kemas.


Wahai peniaga, berniagalah dengan jujur. Jangan fikir keuntungan semata-mata. Sedangkan barang yang anda jual kualiti ke laut. Pastikan barang dagangan anda dalam keadaan yang baik, seperti yang anda paparkan.

Kalau pelanggan tidak halalkan, makanlah korang duit haram. Mana tidaknya, pelanggan beli dengan wang. Harga barang dan harga postage. Kalau mahu perniagaan  maju, jangan lakukan dengan cara mudah sebegini. Hasil jahitan tidak cantik, rosak, salah potong tapi anda tetap menjualnya dengan harga murah. Ini dikira menipu pelanggan.



Inilah gambar model yang menambat hati kami.


Ini pula pilihan yang ada. Saya memilih no. 13 (gambar tudung senget di atas).



Kawan saya yang deal dengan peniaga ada menyatakan ketidakpuashatian kami. Dia minta kami pos semula tetapi postage tidak ditanggung. Haihhhh... Memang tak kuasa nak mengepos kalau rupa gini.

Akhirnya, saya tawar hati. Pakai juga tudung tu walaupun senget dengan perasaan marah. Saya cuba untuk ikhlaskan hati sebab saya sudah pakai. Pakai sebab saya sudah beli! Kalau ikutkan hati memang saya marah dengan peniaga macam ni. Jual barang asal boleh je. Tak jaga kualiti langsung! 




Nota Kaki : Saya bekerja di QA/QC department. Harap maklum...







Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. dulu pernah beli kain online,tapi peniaga salah hantar,.,disuruhnya hantar balik,the worse thing is,kos postage tidak ditanggung...memang sakit hati,tapi disebabkan baju nak ikut tema,terpkasa jugak la hantar balik

    BalasPadam
  2. Ye,memang pernah kena ditipu.dah la peniaga yg salah dicanang nya kepada public kita yg fitnah dia utk lingkupkan bisnes dia sedangkan barang xsampai duet xnak refund,xpe lepas di dunia nanti tggung la di sana...

    BalasPadam
  3. Saya pun minat sangat online shopping. Alhamdulillah, buat masa ni tak pernah lagi kena tipu. Agak puas hati dengan servis dorang, barang dorang buat masa ni. Memintak lah tak kena :)

    BalasPadam
  4. saya peniaga online jgk..tp alhamdulillah semua pelanggan puashati dengan produk saya.Saya akan post gambar kat whatsapp ikut kehendak pelanggan sehingga mereka berpuashati.siap srh buka setiap helai...xde terikat mcm tu..huhu

    BalasPadam
  5. memang tak suka kalau orang buat macam ni dekat kita. daalam gambar bukan main lagi alwa cantik. bila beli tak sama macam yang kita tengok.

    BalasPadam
  6. Bila jadi mcm ni seller tu rugi sebenarnya, sbb dah hilang kepercayaan customer. Customer pun x akan repeat order lg kalo dah gaya bisness nya begini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul tu..pelanggan akan cari peniaga yang jujur..

      Padam
  7. hmmmm... kalu jd kt akak pun akak marah, sbb tu kalu akak nk poskan tudung2 yg akak dh manikkan, akak pastikan jahitan kemas n seperti yg di tunjuk dlm gambar... sbb tkt nnti customer tak percya kt kite lg...

    bkn main cantik kt model tp yg dpt tuh huhuhu,...

    *oh ye akak niaga memanikkan tudung atau baju, tp suke2 je..

    BalasPadam
  8. ishhh..dh kenapa gitu..nie la die kalau peniaga nak untung...lebih pentingkan kuantiti dr kualiti..

    BalasPadam
  9. Saya pun pernah terkena jgk..Sejak tu x berani nk beli secara online..huhu

    BalasPadam
  10. saya biz online tdg2 gak, mmg saya check sblm pos. Kalau ada defect saya inform customer. Boleh cancel order atau tukar tdg atau beli pd harga diskaun. So far, alhamdulillah customers puas hati. In case customer dpt yg defect, boleh return dan kos pos saya refund (polisi ni tertera pada blogshop saya).

    berniaga kena jujur, baru boleh tahan lama. Hati pun senang.. :)

    BalasPadam
  11. Kakak tak kerja QC/QA pun rasanya tak puas hati kalau macam itu apa yg dpt dari apa yg kita bayar.

    BalasPadam
  12. Kes Indah khabar dr rupa la ni, nasib baik Cikna xprnh kena lg mcm ni minta dijauhkan la....'

    BalasPadam
  13. nak membeli online kene cari seller y btul2 awak , adudud risau terkene tipu online seller

    Btw

    Saya ada buat GA , Sudi tak join ? http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway-wanitabesiberbicara.html

    BalasPadam
  14. aduhai ... bg FB peniaga tu ... kot2 kami plak terkena ... agar dpt berhati2 ... kesian betui aniaya pembeli cam ni ... sabar je

    BalasPadam
  15. Rugi pada seller la dia buat macam ni. Lepas ni memang tak kan beli dengan seller yang sama

    BalasPadam
  16. Guna Facebook untuk niaga memang banyak membantu usahawan Melayu berniaga. Tapi, bila ada segelintir peniaga yang menipu, boleh merosakkan reputasi peniaga yang jujur.

    BalasPadam
  17. peniagaan maju kottttt tu yg tak sempat cek order customer ;p sabor je la ye tak berkat aniaya org

    BalasPadam
  18. nak tengok page kedai nya..sebab saya pun selalu juga be;i tudung melaui online nih..

    BalasPadam
  19. Pengalaman membeli online dpt barang indah khabar dari rupa memang menyakitkan hati..

    BalasPadam
  20. punyalah x nak rugi , sanggup jual tudung yg rosak ... agak2 lah kan . klu ramai yg terkena camtu , mau kena boikot kedai online tu . ada juga yg x puas hati dgn warna . kat gambar nampak cantik bila tgk depan mata warna pudar je ... tu lah risiko beli online ...

    BalasPadam
  21. apa ni meniaga apa ni jual brgn mcm ni
    adoyaiii...sape peniaga tu mar
    kena bgtau..kita kena selamatkan pelanggan2 yg lain
    senang hati je jual tudung mcm tu...ni peniaga yg x ikhlas ni
    jawablah nti kat sana huh

    BalasPadam
  22. tak paham dgn peniaga on9 cmni..
    sbb kanmereka ni la org takot amek risiko nak beli secara on9...
    jenis nakkaut untung je

    BalasPadam
  23. Pernah juga terkena. Tapi malas nak fikir sgt. Ada juga rasa nak report pada penjual. Tapi kemalasan mengatasi segalanya. Mmg kalau ikutkan tak baik la buat mcm tu. Berniaga tu utk dptkan rezeki. Kalau dia dah bgtau yg tudung tu senget sikit then org tetap beli, takpe la. Ni siap gulung2 lagi. Cemana org nak tgk.

    BalasPadam
  24. isk apehal gitu.. sbb tu la kot dia gulung2 tudung tu huurm..
    betol kena jujur.. kalo dak efek semua peniaga..

    BalasPadam
  25. Takan peniaga tu x cek kot, eemm ni la yg mls klau bli brg on9 ni.x serupa

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code