Pau memang sedap, lebih lagi yang gebu gebas. Zaman kecik-kecik dulu, mak memang rajin buat pau inti kelapa dan kacang. Tapi, saya suka inti kacang, adik beradik lain pun sama. Masa ni tahunya dua jenis inti ini sahaja.
Sekarang, di mana-mana ada jual pau. Besar-besar pula tu. Inti pelbagai. Kari daging, ayam, perasa sate, rendang. Perghhh memang sedap. Tapi seketul tu harga boleh tahan, murah lagi nasi lemak sebungkus, RM1.50. Saya pernah bedal sampai 2 ketul saiz besar di RnR, pau inti rendang. Entah lah tiba-tiba rasa sedap sungguh.
Nak lagi mudah dan menjimatkan, stanby di rumah stok pau frozen. Kukus selama 10 minit. Kemudian, sudah boleh ngap, masuk mulut. Boleh gunakan microwave tapi untuk lebih sedap, kukus lebih baik.
Ini saiz mini, sekali kukus 8 ketul ~ En.suami ngap je dah 5 ketul.
Pastikan produk melayu ye. Pau Roslan, memang tidak asing lagi. Terjamin kebersihannya dan halal. Ada pilihan saiz. Harga, memang berpatutan.
Saiz biasa 6 ketul sepeket. Manakala saiz mini, 20 ketul sepeket.
Pilihan saya, inti sate. Sedap!!!
Pau Roslan
Alamat : 43, Jalan Kenangan, Kampung Malayu Majidee, Johor Bahru
Map: http://goo.gl/maps/IJ69G
GPS: 1.504288,103.750231
Waktu Operasi : 8:00am to 5:00pm
16 Ulasan
sedapnya pau... eija suka inti kaya :)
BalasPadamKalau kakak biasa beli yg inti kentang Mar..
BalasPadamsedapnyaa pau. nani makan pau ros baru ni. hehee
BalasPadamOkje semua pun bedal Mar..... semua sedap tp hubby suka inti kelapa...Kat sini nak beli frozen yg Melayu ada kot, mungkin area Bangi....tp tak terjumpa lagi
BalasPadaminti satay..memang sedapppp la ;p
BalasPadamada pau inti rendang?? wah..teringinnya!
BalasPadambetul la..penah guna microwave mmg tak sedap mcm kukus biasa.
akak pon suka pau....tak jemu makan....
BalasPadamkalau dapat pau yg org jual macam zaman2 dulu pon sedap.....
Wahh.. Leh cuba..
BalasPadamsedapnya pau roslan. dah lama tak makan. dulu banyak org jual pau nih skrg dah tukar jenama lain. igt dah takde lagi pau nih. pau sate dia mmg terbaikkk.
BalasPadamp/s: dah try "dulu pau tanjung sekarang pau sanjung" kat putu bambu simpang renggam tu? itu pun sedap
Untung dpt cari pau yg melayu buat dan halal..nmpk sedap..
BalasPadamSedapnye..kite selalu pesan pau yik mun kalau ade kengkawan tetibe terlalu kat tg malim..hehe
BalasPadamTak pernah beli pau frozen..biasa beli pau kat kedai je.yg dekat rnr tu sedap jugak
BalasPadamari tu ada beli pau frozen kat pasar malam
BalasPadamtp xsedap mcm kat luar jugak..mesti nak beli kat luar pya
nak buat malas..mil sllu jugak buat lau dia ada kat umah hehe
Slalu lya bli yg pasar raya tu je,mls nak mguli hhehe
BalasPadamPerisa sate belum pernah rasa. Biasa kalau di Pahang saya selalu beli Pau Habibi. Sedap.
BalasPadamtak ingatlah pernah beli yang frozen ke tidak.. hihi..
BalasPadamtapi CT suka jugakla pau.. yang kacang merah n sekaya.. klasik yang sedap =D
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.