Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Peniaga Sila Fokus


Warga yang duduk di Taman Rinting, Masai mesti selalu pergi pasar malam pasar rinting kan? Yang beroperasi setiap petang Isnin hingga ke malam. Saya selalu juga pergi, sekadar beli makanan untuk juadah makan malam. Malas masak kaedahnya.

Isnin lalu, seperti biasa ke pasar malam tersebut seperti sebelum-sebelum ni. Boleh pula tergerak nak beli sate. Sate Tok Aki. Macam sedap sangat je, lebih-lebih lagi aroma sate berterbangan pabila peniaga membakarnya. Perghh...mencucuk-cucuk hidung. Menggoda nafsu.

Saya segera order, "Dik, daging 20, ayam 5 ye". Sewaktu ini, tidak kelihatan pelanggan lain selain saya.

"Ok kak, kejap ye."

Datang pula seorang pelanggan.

"Bagi saya 5-5"

"Ok kak, kejap ye"

Datang seorang lagi, pelanggan dari kuala mungkin.

"Daging 10, ayam 10"

"Ok, kejap ye"


Dia sedang kusyuk mengira sate pelanggan yang telah menempah lebih awal. Sangkaan saya tidak perlu menunggu terlalu lama sebab tidak kelihatan pelanggan lain selain kami. Saya dan 2 orang pelanggan tadi sahaja lagi. Kami tercongok di depannya menanti tempahan kami.

Tidak lama selepas itu, pelanggan semakin ramai. Ada yang menempah sahaja, dan akan ambil tempahan kemudian. Saya yang berada di hadapannya, di tanya lagi. "Akak dah order" Saya angguk dan jawab ye. Siap selak buku kecil dia tu.

"Akak order apa ye tadi?"

"Daging 20, ayam 5"

"Oh..ok..ok..sekejap ye"


Pelanggan yang datang semakin bertambah. Tempahan bertambah. Saya perhatikan saja, menanti tempahan saya. Dari berdiri di hadapannya, saya berganjak ke tepi pula sebab mahu memberikan tuala kepada Aisyah.


"Akak dah order?"

"Dah. Yang daging 20, ayam 5 tadi"


Saya masih bersabar. Pelanggan yang datang kemudian pun boleh dapat dahulu. Masa ni saya dah fikir untuk tinggalkan saja gerai tersebut. Tetapi, dek kerana Aisyah menyebut mahu ayam, saya masih berdiri tegak di situ.

Bila pelanggan lain yang datang lebih lambat dari kami sudah dapat tempahan mereka, saya sudah mula bengang. Dua orang pelanggan yang saing saya tadi pun sudah mula bengang.

Pelanggan yang menempah 5-5 tadi bertanya, "Dik, 5-5"

"Akak dah order?"

"Dah lama"


En.suami mula naik angin. Dia mencuit saya dan berbisik kepada saya "Lambatnya??"


Selamba saja saya bertanya kepada peniaga tersebut dengan suara agak keras " Yang daging 20, ayam 5 tak siap-siap ke dari tadi?"

Wah...terus dapat!! Yang menghairankan saya tercongok depan dia menunggu tempahan boleh ditanya berulang-ulang kali. Padahal saya lihat dia ada tulis tempahan pelanggannya. Siap selak-selak buku kecil tu. Selak untuk apa entah. Pelanggan yang order kemudian dari saya pun boleh dapat lebih awal dari saya. Mana saya tak marah.

Itu nasib saya. Nasib pelanggan kuala tu pula entah macamana. Dia semakin kebelakang- kebelakang. Terus terang saya katakan, ini adalah kali pertama dan terakhir saya beli sate di situ.


Pinjam dari Google ~
Buat pengetahuan semua, sate tok aki tu tidak lah meletopp sangat, lebih baik sate di hadapan Klinik Rabbisyafina tu. Serius! Jauh lebih sedap.




Nota Kaki : Kalau mahu berniaga, janganlah dahulukan orang yang korang kenali dahulu, ikutlah turutan tempahan. Cam setiap pelanggan anda. Takkan lah tak cam. Kata peniaga!









Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. sakit hati kan bila order tak sampai2.,.bukannya banyak pun yang mar order tu..isk,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab sikit la dia pandang yang order banyak dulu kot..huhu

      Padam
  2. Ada peniaga yg kurang alert bab melayan pelanggan ni Mar..
    Kalau sehari hilang satu pelanggan kena setahun - bayangkanlah...

    BalasPadam
  3. kat kampung sy pun diaorg style tempah menempah macam tu.. tggu punya tggu.. maaf sate dah hbis kak T_T lagi streesss

    BalasPadam
  4. Boleh hilang sabar ni kalo tunggu lama x dpt2, yg baru order dpt dulu. X adil ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..husband siap pesan, lain kali tak payah beli

      Padam
  5. huhu.. memang ada ramai peniaga gini.. derang kena tulis.. kalo tak memang lupa.. hatta meniaga nasi lemak je kott... huhu..

    BalasPadam
  6. hmmm byk klai dah kena tp bkn di sini tp di merata tempat ... mungkin klaut ... pekerja baru gamaknya

    BalasPadam
  7. iols pun marah geram lau buat cam ni kat pelanggan..sllu gak terjadi kat iols
    kdg2 iols blah mcm tu je..kdg2 bising depan2 tu gak..tulah sllu cam tu lah mmg pertama dan terakhirlah nak pi beli kat gerai mcm tu huh

    BalasPadam
  8. Mungkin peniaga tu gelabah kut. Tengok cust ramai. Mungkin. Hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yang suami saya cakapkan jugak..padahal tiap minggu kami lalu je takde pon ramai

      Padam
  9. dia sorang je ke yg niaga sate kt situ? klu sy dh blah dahhh kuasa nk tggu lma2 hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut hati nak blah..tapi sebab dah tunggu lama dan anak pun dah tau kan, sate

      Padam
  10. memang sakit hati kalau terpaksa menunggu lama macam tu

    BalasPadam
  11. kalau ayah saya tu kak memang dah kena maki dah penjual tu sebab lembap sangat pastu boleh pulak utama kawan-kawan dulu. pergh...

    BalasPadam
  12. Saya pun tak suka dgn org berniaga mcm tu.. melalut lah...

    BalasPadam
  13. memang bengang tahap apa je klu diperlakukan seperti ITU..ikutkan sy yg tak tahan sabar ni mmg sy blah je!jadi peniaga ni macam tugas sy sebagai peg khidmat pelanggan jugak..kena dahulukan org yg dtg dulu..ikut keperluan.bukan diskriminasi ikut org yg dia kenal!

    kan dah hilang seorang pelanggan..klu camni hari2 hilang pelanggan cmna?huhu

    BalasPadam
  14. baru berniaga kot..tak pun berangan kuat...hehheh

    BalasPadam
  15. saya paling bengang kalau dpt mcm nih. memang cancel terus order

    BalasPadam
  16. Memang buat sengal tu mar.. Nak mkn sate jom g kota..

    BalasPadam
  17. Assalam mar,
    iols memang cepat naek angin kalo cenggitu
    orang mai lambat dapat dulu memang nak kena petir la peniaga tu he3

    BalasPadam
  18. haaamek kau.. kan dah kena cop gitu.. adus.. quality control kena ada..
    dah tanya nak brapa kenalah alert.. ada ke patut suruh ulang banyak kali..

    BalasPadam
  19. Ini sudah melampau. Kalau saya memang saya tinggalkan aje sambil kata,'Dik, yang daging 20 ayam 5 tu tak payahlah buat. Cancel. Penat dah menunggu!' Lepas tu pi beli sate kat tempat lain. Mereka tak sedar dengan servis yang macam itu, sejauh manalah perniagaan mereka boleh maju...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code