Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Corak Kita, Kanvas Kita


Hingga hari ini, saya masih mencuba untuk perbanyakkan susu saya. Baby sudah tidak mahu direct, perlu kegigihan saya untuk mengepam meskipun hasilnya tidak cukup hatta untuk sekali dia minum. Mencabar sungguh untuk menyusukan anak ni kan. Must work harder especially for mom likes me.

Seminggu saya di rumah, saya rasa sangat bertenaga meskipun tugas memasak, mengemas dan menjaga anak di bahu saya. Saya mampu bangun seawal 5 pagi setiap hari dan mengepam secara konsisten. Duduk rumah, nak makan apa pun sumbat saja walaupun saat anak sedang menangis minta didodoi.

TAPI...

Bila saya kembali bekerja, semuanya sudah tonggang terbalik. Penat di tempat kerja meskipun tidak bersama anak. Kerja banyak juga, yelah sudah 2 bulan tinggal, mana yang penting sahaja rakan sekerja saya dahulukan. Haruslah, dia pun ada kerja dia.

Balik rumah dekat maghrib, terburu-buru nak mengepam lah, mana nak masak lah. Tapi, saya masih mencuba df adik saat dia tidak melalak. Tapi, baik-baik tidak melalak, jadi melalak pula dia.

Terus terang saya katakan meskipun kerja surirumah itu memenatkan tapi, semua masih dalam kawalan. Siap boleh bersantai. Kalau rajin, masa bersantai boleh buat kuih. Ini pada saya lah. Memang kerja surirumah 24 jam tapi saya ok je kalau bangun jam 3 pagi, 5 pagi lepas tu tak tidur sampai ke siang. Sebab, kita yang atur jadual kita. Sebab surirumah ni, harapkan elaun dari suami, ikut kemampuan suami. Kalau kita mahu lebih, perlulah pandai menjana pendapatan di rumah. Lainlah kalau kita ni anak dato', macam drama dalam tv, hari-hari shopping.

Tidak seperti bekerja makan gaji, perlu ikut waktu kerja. Ada tugasan yang perlu dikerjarkan. Kalau sibuk tahap cipan, nak makan pun tak sempat. Sebab kita dibayar setiap jam kita bekerja. Balik rumah, hari beransur gelap, masa bersama keluarga hanya beberapa jam. Itu pun kesibukan di rumah sudah menanti. Anak-anak seolah terabai. Tau-tau, mereka tertidur sendiri. Waktu itu, seolah tidak puas untuk menatap wajah suci mereka.


Apa pun kita, pilihan di tangan kita sendiri. Kita yang mencorakkan kanvas kehidupan kita. Apa jua pilihan kita, kita redha dan teruskan. Setiap perkara ada pilihan. Silalah buat pilihan. Ermmm??










Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. betul...betul...yg bekerja lagi mencabar rasanya, sebab kena galas 2 tanggungjawab dalam satu masa, tggungjawab di tempat kerja dan tanggungjawab dirumah...huhuhu

    BalasPadam
  2. sokong sgt mar..kalau kat umah, bgn awal pun xkisah lagi..umah kemas sentiasa, baju asal basuh, dh kering terus lipat..tp kalau bekerja nie, aduhaiii, terasa masa tuh terhad sgt..umah pun kemas asal boleh xnk bg nmpk semak je..

    BalasPadam
  3. Haha btl la tu semua dri diri kita sendiri nak mmbntknya

    BalasPadam
  4. Surirumah yg buat online bisnes huru hara juga dr segi masa...mmg kene bgn awal pagi utk uruskan hal2 bisnes..hee

    BalasPadam
  5. ok mar...steady ok
    mmg menyusu badan ni kdg2 memenatkan
    dgn keje ofis keje umah ngan anak2 lagi
    so kena tabah skit..el dulu pun mmg mcm2 hal
    tapi alhamdulilah Allah permudahkan segalanya
    kipidap ok..tapi jgn terlalu memaksa
    take care

    BalasPadam
  6. dua-dua ada dugaan nyer tersendiri, mar.
    tapi bagi aida, kalau la diberi peluang, aida nak keje dari rumah.
    dpt bersama anak-anak lebih!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code