4 November 2015 - Muhammad Alif Ziyad sudah 65 hari.
Checkup yang sepatutnya hari ahad dan kemudian
ditunda pada hari rabu mengikut kekosongan yang ada. Saya pun baru je naik kerja, takkan sesuka hati ambil cuti. Kerja pun menimbun oii..
Nak tak nak, saya keluar sekejap lepas rehat. Macam biasa, waktu
lunch saya tak keluar. Siapkan kerja apa yang patut. Orang lain mula kerja semula selepas
lunch, saya pula yang hilang. Kuikui.. Temujanji jam 2 petang. Kena sampai awal, kalau boleh saya orang pertama ambil nombor. Kahkah.. Yelah
rushing tu.
Kelam kabut juga bila
handle anak yang baru 2 bulan ni ke KK. Dengan orang ramai, bila anak merengek dan tidak selesa, saya cepat-cepat masuk bilik menyusu. Bukan susu badan, saya bagi susu formula. Ermm, usah ditanya mengapa.
Bila giliran sampai, pertama sekali, baby diminta timbang dan diukur panjangnya. Wahhh..si comel sudah
4.7kg. Patutlah lenguh tangan mak nak oii..
Banyak juga mata yang memandang saya sebab saya sorang je tanpa ditemani suami. Suami saya? Kerja. Tak boleh keluar melainkan dia ambil cuti. Cuti tahun dia..emm
yilek, maka saya uruskan hal ini sendirian. Saya perlu kuat. Jika anak seorang dulu saya kuat, saya juga perlu kuat untuk Adik.
Ibu tahu Adik baik. Cukup memahami. Lepas di
inject, Adik meraung. Biasalah tu. Masa timbang, buka baju dan
diapers tak menangis, sudah cukup bagus. Hehehe..
Lepas tu
rushing ke farmasi, ambil ubat pula. Terlondeh seluar mak nak kejar masa. Ibarat
single mother pula. Kot la si kecil demam selepas dapat
injection. Tapi, saya tak bagi pun ubat demam sebab baby kecil lagi.
Cabaran seterusnya bulan depan. Tarikh temujanji sudah set. Gara-gara cuti sempena JDT menang, payah nak dapat hari ahad lagi dah. Hisshh...nasib badan. Dah la kitorang ni tak dapat cuti pun sempena JDT menang tu. Hangin tak hangin la..
6 Ulasan
alhamdullilah
BalasPadamCabaran semasa anak kecik Mar..
BalasPadamMacam tu lah..
Akak dulu pun selalu bawa anak seorang diri jer gi klinik..
Ye lah suami pun sibuk dengan kerjakan..
Bertabahlah Mar..
Alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik..
Dah bambam Alif tu..
In sha Allah Alif ok..amin.
BalasPadamSyukurla baby sis sihatkn..cpt jer da bsr
BalasPadambiasalah tu mar
BalasPadamtgh budak tu kecik mmg kdg2 ibu kena tabah
kena bw folow up check up
tanpa ditemani si ayah
insyallah semoga dipermudahkan
nti ayah free ayah teman ye ziyad
be a good boy ok :)
mar. aida 3 org anak, dari cek up pregnen hingga ler cek up bulanan baby, gi sendiri.
BalasPadammr.asben x teman :)
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.