Untuk pengetahuan semua, saya dalam proses relaktasi. Saat entri ini didraft, baru hari ke-7 (jumaat). Dan bila entri ini terpublish, bermakna sudah hari ke-10. Perjalanan masih jauh. Anak saya baru 2 bulan setengah usianya. Terlalu awal untuk saya mengalah sepertimana anak pertama dahulu.
Ini ujian untuk saya. Agar saya terus sabar dan kuat berusaha. Saya semakin bersemangat bilamana terbaca satu blog ni. Saya sedar saya perlu berusaha lebih. Berusahalah!!
Definisi relaktasi (relactation)
Ini ujian untuk saya. Agar saya terus sabar dan kuat berusaha. Saya semakin bersemangat bilamana terbaca satu blog ni. Saya sedar saya perlu berusaha lebih. Berusahalah!!
Definisi relaktasi (relactation)
Menurut Dr. Jack Newman, Relactation refers to restarting breastfeeding with the same baby after it has been stopped for some reason.
Sebab-sebab sesetengah ibu berusaha untuk relaktasi adalah kerana bayi tidak sesuai dengan susu formula, masalah kesihatan bayi, kekesalan kerana berhenti menyusukan bayi terlalu awal atau mungkin kerana perubahan tugas sepeti berhenti kerja dan menjaga bayi sepenuh masa.
Usia 6 bulan ke bawah adalah usia yang realistik untuk kejayaan relaktasi namun ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi jika usia bayi lebih daripada 6 bulan. Dalam usaha untuk menjayakan relaktasi, ada 2 perkara yang perlu diambil perhatian:
- Memujuk bayi untuk kembali menyusu daripada payudara ibu
- Mencetuskan penghasilan susu (jika susu sudah “tiada”) atau meningkatkan penghasilan susu (jika susu ibu kurang).
Kebarangkalian untuk kejayaan relaktasi bergantung kepada beberapa faktor:
- Pengeluaran susu sebelum berhenti. Jika ibu pernah menghasilkan susu yang banyak sebelum berhenti menyusu dahulu, kemungkinan untuk menghasilkan susu semula adalah lebih tinggi. Namun begitu jika bayi berhenti menyusu dahulu kerana ibu “kurang susu”, ibu masih boleh mencetuskan susu semula kerana kemungkinan “kurang susu” berlaku kerana kesilapan teknikal.
- Berapa lamakah bayi sudah berhenti menyusu daripada ibu? Semakin lama bayi sudah berhenti menyusu, semakin sukar untuk memujuknya kembali menyusu daripada ibu. Memang lebih sukar untuk memujuk bayi yang lebih besar untuk kembali menyusu daripada ibu kerana kebiasaan yang “selesa” dengan penyusuan botol dan susu formula. Namun begitu ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi, walaupun tidak berjaya untuk menyusu secara eksklusif tetapi sekurang-kurangnya sedikit itu lebih baik daripada tiada.
- Berapa lamakah tempoh bayi pernah menyusu daripada payudara ibu? Semakin lama tempoh bayi pernah menyusu daripada ibunya semakin mudah untuk memujuknya menerima susu ibu semula. Jika bayi pernah menyusu secara eksklusif selama 16 minggu (4 bulan), lebih mudah untuknya kembali menyusu daripada ibu berbanding bayi yang hanya menyusu 2 bulan sahaja. Namun sekali lagi ditegaskan, ibu-ibu masih boleh berusaha untuk relaktasi.
- Kesediaan ibu. Relaktasi memerlukan kesediaan yang bersungguh-sungguh daripada ibu. Ibu yang tidak bekerja memang lebih mudah untuk relaktasi kerana relaktasi memerlukan usaha dan kesabaran yang tinggi. Sesetengah ibu yang bekerja mengambil cuti panjang untuk menjayakan relaktasi.
Bagaimana caranya?
Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah. Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula? Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising.
Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu; bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit. Bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
Paten 1.
Paten 2.
- Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu. Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula. Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu. Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
Paten 2.
- Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan. Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu. Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan. Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa. Tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
Bagaimana meningkatkan penghasilan susu? perah/pam dengan kerap, makan makanan berkhasiat dan seimbangmakan makanan penambah susu seperti Fenugreek, menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium), kurangkan stress, berfikiran positif.
Kesimpulan
Relaktasi bukanlah usaha yang mudah. Ia boleh mengambil masa secepat 2 minggu atau selewat-lewatnya sebulan untuk berjaya atau langsung gagal. Namun ibu-ibu wajar berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh jika benar-benar mahu menjayakan penyusuan semula kepada bayi. Minta nasihat doktor atau pakar laktasi untuk bimbingan yang lebih sempurna.
~sumber : mamamujahidah.blogspot.my
Nota Kaki : Ada orang perlu berusaha kuat untuk dapatkan zuriat. ada orang susah ketika bersalin dan ada orang diberi ujian kekurangan susu badan...
7 Ulasan
terima kasih kerana berkongsi
BalasPadamni terjadi pada anak el yg no. 3 dulu
BalasPadamjenuh sumbat puting dia xmau
last2 el jd pengepam tegar..malam2 mmg bgun tuk pam 2x huhu
mmg suatu keje yg bukan mudah sbb kita dah korbankan masa kan
tuk anak2 dah ianya satu ibadah ku redhakan semua itu
alhamdulilah tuk no. 4 ni..masih bf..lagi 6bulan nk dpt degree yeahh
semoga dimudahkan urusan akak. Insyallah harapnya ok.
BalasPadamSemoga berjaya untuk penyusuan anak akak.
BalasPadamKena ikut nasihat doktor. Harap menjadi cara ni.
BalasPadamsemoga berjaya mar,insya allah,dengan berkat usaha dan tawakkal mar,berhasil nanti..teruskan usaha mu...kita sama-sama sokong menyokong!!
BalasPadamcabaran buat ibu2.. u can do it =D
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.