Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Terkena


Melalui liku-liku kehidupan yang kadang kala terang, kadang kala suram. Bila disirami kesuraman, terasa satu tekanan yang tiada berpenghujung. Bukan kerana keluarga kecilku tetapi dek orang 'sebelah' sana yang sering menduga kesabaran kami.

Pernahkah korang lalui situasi di mana bahu korang terbeban dek kerana kesalahan orang lain. Bukan sekali. Tapi, bertalu-talu. Ye, memang aku orang luar, tetapi dek kerana bebanan yang korang lemparkan kepada kesayanganku, aku terasa sama. Aku terpaksa membantu memikul beban kesayanganku. Terpaksa? Hilang keikhlasan di situ.

Itu takdir kami. Mampukah aku terus berdiam diri?

Mahu aku redha? Ya Allah betapa susahnya aku memendam rasa sejak dulu. Aku cuba. Tapi, akhirnya aku tewas dan mencurahnya di sini.

Kami juga ada masalah kami. Ditambah bebanan yang kalian suka 'hadiahkan' secara mengejut membuatkan amarah sering menjelma. Bila aku luahkan apa yang terbuku, rupanya kesayanganku juga meluahkan rasa yang sama dan aku jualah tempat dia meluahkan rasa. Aku telan meskipun tawar. Tawar je tak mahu jadikan ianya pahit.

Tidak wajar aku coretkan di sini secara zahir. Biarlah ia menjadi persoalan yang tidak bertepi. Jika dengan cara ini mampu mengurangkan rasa tekanan yang aku alami.


Allahu,,







Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. bersabar lah mar..moga Allah memudahkan segalanya...insya allah..

    BalasPadam
  2. i feel u mar..penah ade dekat situation yg sama walaupun isi kandungnye berbeza..nak sabar nak marah tp tuh laaaaa..hurmmmm..neway, semoga Allah permudahkan/meringankan segala masalah/urusan mar..

    BalasPadam
  3. Bersabar akak yea. Banyakkan berdoa. Insyallah semoga masalah tersebut dapat diatasi dengan baik.

    BalasPadam
  4. Kasihannya. Ujian. Harap akak bersabar dan banyakan berdoa.

    BalasPadam
  5. Moga Mar diberikan kekuatan oleh Allah untuk lebih tabah dan bersabar:-))

    BalasPadam
  6. apapun, aida doa kan agar mar sabar.
    berdoa kpd Allah.
    moga semua nyer settle dgn aman.

    BalasPadam
  7. yelah marr...kita mampu bersabar je
    insyallah dipermudahkan kehidupan kita nanti

    BalasPadam
  8. Kita x lari dari mgalami tekanan, bykkn sbr ya sis..ni la resam kehidupan

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code