1. Mengekalkan peredaran darah normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan mabuk perjalanan
Halia adalah penawar untuk tekak yang rasa loya dan mabuk. Dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila serbuk halia diberikan.
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Bukan sekadar menyerap, malah ia bertindak merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia merangsang rembesan enzim gastrik dan pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan demam dan selesema.
Halia telah digunakan sejak beribu tahun dahulu sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema si seluruh Asia.
Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendamkan 2 sudu besar halia segar yang telah dicincang dalam air panas dan minum 2 hingga 3 kali sehari.
5. Mengurangkan ketidakselesaan perut.
Halia juga membantu dalam pencernaan dan boleh meningkatkan kadar penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Ia dapat mengurangkan keradangan seperti aspirin.
6. Mencegah Barah Usus
Kajian di University of Minnesdota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
8. Melawan masalah pernafasan yang biasa.
Jika mengalami batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru dan mengeluarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak.
9. Rawatan kanser ovari.
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti.
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
~share dari fb
4 Ulasan
Tapi paling kecewa bila makan ayam masak kicap yang digigit tu halia dan bukannya ubi kentang.. hahaha
BalasPadamdulu zaman sekolah, kalau senguggut kuat cikgu bagi halia suruh makan. gigit halia dengan roti taknak bg pedas..
BalasPadamkalau kat rumah, mak paksa memang takde nak makan halia tu.. hahaha
done folo, folo me back ;) http://acuyuhan.blogspot.my/
BalasPadamada jual kan asam kaler merah tu.. CT ingatkan buah apa tah..
BalasPadamrupanya halia.. huhu tapi sedap yang tu..
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.