Jika jam tangan merupakan aksesori yang paling digemari oleh kaum lelaki, kasut pula adalah item fesyen yang digemari oleh majoriti wanita. Menjadi satu kegilaan.
Balik rumah, cuba buka almari kasut, agak-agak berapa banyak kasut yang ada. Kalau dah namanya wanita, emmm, buka bonet kereta pun penuh dengan kasut.
Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen terkini, pasti tak akan ketinggalan untuk memiliki kasut-kasut terkini. Sama juga seperti koleksi pakaian, rekaan kasut sentiasa berubah-ubah mengikut trend fesyen. Kita boleh lihat semakin banyak koleksi kasut yang direka dengan rekaan yang amat unik.
Pendek kata, kasut pergi kerja lain. Kasut pergi majlis kenduri kahwin lain. Kasut untuk bersantai pun lain.
Mesti ramai yang nak tahu apakah fesyen kasut wanita terkini? Jom skodeng...
Walaupun ramai wanita memilih high heels sebagai kasut pilihan mereka, namun terdapat juga segelintir wanita yang lebih selesa bergaya dengan koleksi sandals. Salah satu rekaan sandals yang sedang trending pada masa kini adalah strappy sandals yang mempunyai rekaan bertali seperti berikut.
Fesyen kasut yang turut trending pada masa kini adalah square toe heels pumps. Berbeza dengan rekaan pumps lain yang biasanya direka tirus dan separa bulat, koleksi pumps ini direka dengan rekaan bersegi pada bahagian depan kasut.
Bagi penggemar koleksi boots pula, rekaan boots terkini yang paling digemari kini adalah koleksi ankle boots wedges. Berbeza dengan rekaan boots yang lain, koleksi ankle boots wedges ini direka dengan struktur tapak yang lebih stabil dan tebal.
Dan fesyen kasut wanita terkini yang seterusnya adalah rekaan fringed heels yang cukup popular dikalangan penggemar fesyen. Ia direka dengan rekaan fringe yang menjadikan si pemakai kelihatan lebih rugged dan daring.
10 Ulasan
alahai cantik cantiknya...
BalasPadamPerempuan dgn kasut cantik begini mmg tak boleh dipisahkan Mar..
BalasPadamMau sedozen koleksi kasut ;)
pantang tengok kasut lawa mesti rasa nak beli :)
BalasPadamLawa2 tpi lya gemar kasut flat jer hihi
BalasPadamKasut pertama tu pilihan anak kakak sekarang Mar.
BalasPadamstrappy sandals tu cun.hehe..sy klu byk mana kasut pun selipar juga jadi pilihan
BalasPadamSandals is my choice! Hehe :)
BalasPadamwahhh dpt collaboration ngan zalora
BalasPadamtahniahh!!!
Saya suka strappy sandals dan wedges aje. Yang pumps bagai tu memang tak pakai lagilah sekarang ni.
BalasPadambagusnyaa Zalora.. harga semua mampu milik..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.