Assalamualaikum


Kisah Breastpump Saya | Memang betullah. Menyusukan anak ini satu perjuangan. Sesuatu yang tampak mudah tapi tidak semudah disangka lebih-lebih lagi ibu seperti saya yang anak lahir air susu tidak terus keluar menjejeh-jejeh macam orang lain. Memancut-mancut sampai boleh siram pokok bunga. Tak. Saya perlu usaha lebih walaupun orang sekeliling cakap saya takde susu!

Tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya membuatkan saya rasa ianya satu kekurangan. Rasa gagal. Tertanya-tanya juga kenapa Allah tidak kurniakan saya susu yang melimpah ruah seperti ibu-ibu lain. Tapi, siapalah kita untuk pertikaikan. Dia LEBIH MENGETAHUI.

Susu badan saya sangat-sangat sikit. Hingga jika saya tidak pam sehari dua, susu badan boleh terus kering. Pam pun hanya keluar angin dan beberapa titis. Proses relaktasi yang saya jalankan terasa hambar. 2 minggu proses berjalan, hasil tetap sama.

Walaupun rasa down, semangat saya masih ada. Saya masih ingin teruskan. Tak dapat banyak pun tidak mengapa. Sebab saya sudah berusaha mana yang saya larat. Walaupun anak dapat minum sedikit, pun tidak mengapa. Khasiat susu ibu itu yang saya kejarkan.

Lacte Duet kesayangan saya letgo. Bila dah dapat buyer dan dia pun bersungguh nak beli, bank in pun cepat, saya terus periksa satu persatu. Basuh dan lap kering-kering setiap part. Meleleh juga airmata saat membungkusnya.

En.suami terkejut bila saya bagitahu dia saya nak jual pam susu tu. Dia tanya kenapa? Tak sayang? Saya cuma jawab, takpelah ada orang yang lebih memerlukan.


Dalam kenangan

Saya jual double pump tapi, saya mahukan single pump untuk kegunaan saya. Sebab susu tidak semeriah mana, jadi cukuplah saya menggunakan single pump sahaja. Lagipula saya jarang menggunakan double pump meskipun saya ada double pump dulu. Biasanya, saya bawa satu je ke tempat kerja. So, better saya letgo.

Perancangan asal dengan buyer, swap breast pump dan dia tambah duit. Dia ada single pump. Dia cuma tambah RM250 untuk Lacte Duet saya yang date purchase 15.10.2015. Warranty setahun. Sedangkan pam dia sudah berusia setahun lebih dan jarang digunakan. Pada saya, ok jela sebab jarang digunakan dan hanya RM100.

Bila pam dia sampai, laju saya buka parcel. Ada sedikit perasaan kecewa dengan pam tersebut. Patutlah RM100. Sudah agak suram. Berbanding pam saya yang masih berkilat. 


Pam snow bear macam Malish


Alamak tak hidup!


Bila periksa, alamak tak idup. Cuba godek-godek adaptor,pun sama. Arghh kecewa untuk kali kedua. Terus whatAps buyer tu. Dia terkejut. Saya cuba guna bateri, hidup pula. Sah, adaptor rosak. Saya buka website Malish, survey harga adaptor. Lebih RM50. Terus whatAps buyer tu lagi, dia kata ok tambah RM50.

Tapi, hati rasa tak sedap. Call Malish dulu. Pihak Malish terangkan, walaupun sama pattern dengan Malish tapi, tetap tak sama. Mungkin boleh guna sekejap je dan mereka tak bertanggungjawab jika rosak. Segala spare part snow bear tak jual dah.

Saya : Tapi, pattern sama dengan malish lifestyle. Bentuk dia. Warna dia. Cuma ada gambar bear je.

Customer Service Malish : Iye. Memang sama. Kalau Puan nak beli, boleh je. Tapi, kami tak bertanggungjawab kalau rosak.


Ini free gift yang buyer bagi.


Malam tu, dapat whatAps dari buyer, pam saya sudah selamat diterima. Condition pon OK. Sedih bila dia hantar gambar mesin pam tu. Kebetulan, Kak Aisyah ada bersama saya.

Kak Aisyah : Sama macam ibu punyalah. Sama la ibu.

Saya : Yela. Sama.

Dalam hati, Allah saja tahu betapa sedihnya hati ini.


Selamat sampai kepada dia.


Berikutan adaptor pam yang dia swap rosak. Saya cuma hanya mampu bersabar. Bukan rezeki saya. Saya return back kepada buyer. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin, jika boleh guna pun, saya boleh guna sekejap sahaja. Tidak berbaloi kan.

Saya return back kepada buyer dan minta dia tambah RM100 lagi. Sebab harga jualan preloved breastpump saya tu RM350. Preloved katakan.

Breastpump dia saya courier by Gdex. Minta tolong receptionist courier. Sebab saya tak sempat ke pejabat pos. Dia whatAps sudah malam, sudah bank in RM100. Alhamdulillah.

Maafkan saya jika terlalu mendesak ye.

Orang kata, kalau dah rezeki tidak ke mana. Secara tak sengaja berceloteh dengan seorang akak tempat kerja. Dia pun ada anak seusia Adik Alif. Susu dia pun sikit. Dia letgo breastpump single dia pada saya. Lebih berbaloi. Baru lagi, lebih kurang usia Lacte duet saya. Harga RM150. Syukur sangat-sangat. Condition amat memuaskan. Alhamdulillah.


Inilah pam preloved Autumz Bliss.




Nota Kaki : Akan datang, review Autumz Bliss pula..