Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Aiskrim Sumi



Orang lain dah lama dah buat. Semuanya gara-gara resepi viral. Saya je baru terhegeh-hegeh nak buat. Simpan menu kemain lama tapi kalau dah malas, tak boleh nak kata apa.

Cuti umum hari tu merajinkan diri untuk buat aiskrim sumi ni. Sumi tak banyak. Itu pun beli yang sumi dadih. Sedap. Kak Aisyah asyik minta, penyudahnya ini saja yang tinggal.

Tidak mahu kecewa Kak Aisyah, gigihlah saya di dapur membuat pelbagai perisa aiskrim malaysia.


Comel-comel gambar dia kan.


Aiskrim Sumi

Bahan:
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air biasa
2 bungkus sumi
Secubit garam

Cara-cara:
Didihkan susu cair, susu pekat bersama air.
Masukkan garam.
Dah mendidih, matikan api.
Tunggu sejuk



Tada!!!!


Suminya tak berapa nampak pula. Tapi, rasa memang sedap.




Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


5 minit kemudian.


Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


5 minit kemudian.


Kak Aisyah : Ibu, aiskrim dah beku?

Ibu : Belum.


Ibu : Kakak tidur dululah. Nanti kakak bangun, aiskrim dah beku.


Huhuhu..




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Mar pun dah buat dah ye...
    Ini yg buat Aisyah asyik buka petiais aje ni:)

    BalasPadam
  2. Nyam2.. ada budak2 semangat la nak buat eskrem sumi ni..
    macam MJ suka buat eskrem choki2 :)

    BalasPadam
  3. Wah..Sedap tuh...Sy x buat2 lg..kiki

    BalasPadam
  4. sedap kan aiskrim ni..
    cuti sekolah hari tu, akak buat aiskrim oreo
    sedap jugak :)

    BalasPadam
  5. Mar, samalah..kak ana pun lambat baru nak bereskrimnya, anak balik study week minggu ni baru buat eskrim choki2 dan oreo, tapi memang sedap kan :)

    BalasPadam
  6. Mak lagilah Mar, tak buat langsung haha....

    BalasPadam
  7. Ooo aiskrim viral ni yer.. Haha.. Boleh try nnti ni kalau ada masa..


    Jalan2 sini.. Jemput baca article baru..
    Salam Perkenalan..

    Cara Mudah Hasilkan Ukiran Kayu Hello Kitty yang Comel

    BalasPadam
  8. sedapnya...sejuk tekak..tp x pnh try lg rsa atau buat

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code