Walau apa jua ujian yang datang, kita perlu sabar dan redha. Tiada sakit yang tiada ubat kecuali mati.
Sudah beberapa hari Alif menangis. Setiap kali dia menangis, Allahu Rabbi, payah sangat untuk dipujuk. Tepuk-tepuk, dodoi-dodoi, tak jalan. Bersilih ganti kami suami isteri mendokongnya. Menangis sampai 1 jam!
Rumah kami tidak berair-cond. Hanya ada kipas. Puaslah hidupkan enjin kereta bagi dia sejuk. Tapi, ada kalanya dia tetap menangis juga. Takkan lah sebab panas, menangis begitu sekali. Panas sangat ke???
Keadaan dia yang membimbangkan membawa kami ke pusat rawatan Islam, Terapi Hijau. 5-10 minit dari rumah.
Untuk mendapatkan rawatan di sini, perlu membuat temujanji terlebih dahulu. Kami ke pusat rawatan tengahari, lunch hour. Daftar dahulu. Dan sebelah malam dalam 9.30 malam, selepas waktu Isyak, pusat rawatan di buka semula untuk merawat pesakit.
Kaedah rawatan mereka, Ustaz yang merawat akan scan pesakit terlebih dahulu. Kemudian, dia akan terangkan apakah itu perubatan islam. Agar kita tidak terkeliru. Agak sukar untuk saya terangkan di sini kerana ianya ilmu orang alim. tidak pandai saya sampaikan.
Apa yang saya ingin kongsikan, sedikit sebanyak ilmu yang saya dapat, setiap rumah perlu ada 3 benda ini.
Madu, cuka, haruman kasturi.
Madu, tidak kisahlah madu apa pun. Amalkan dengan memakannya.
Cuka, cuka makan. Amat berguna andai terkena stroke.
Haruman kasturi bukanlah limau kasturi tu. Tapi, wangian haruman kasturi.
Mahkluk halus keturunan syaitan,iblis tidak gemar bauan ini.
Letak di setiap penjuru rumah agar rumah sentiasa berbau wangi.
---------------------
Dalam sesi penerangan dan tazkirah Ustaz, Alif menangis. Pada saya, puncanya dia mahu tidur tapi tak boleh nak tidur. Tiada yang pelik saya rasakan.
Bila dia menangis, pujuk tak jalan. Minum susu pun tak mahu.
Alif bukan jenis yang suka menangis. Tidak susah tidur. Biasanya menangis sebab mahu susu je. Dan pandai menolak susu apabila sudah kenyang.
Ustaz pesan, selawat dan usap ubun-ubunnya untuk memujuknya. Tak jalan. Ustaz ambil dan sambil mengalunkan doa. Diam. Tapi, bila saya ambil, tidak sampai 10 minit, dia menangis semula. Serba tidak kena. Rasa nak pengsan memujuknya.
Ustaz ambil Alif dan terus membuat rawatan di bilik sebelah. Aisyah pula, mana boleh lihat adiknya diambil orang. Cepat dia mengekor ustaz. T___T
---------------------
Dalam sesi rawatan, Ustaz hanya menggunakan semangkuk air bancuhan cuka dan air suam. Kemudian, sehelai kain tuala digunakan untuk menyapu badan Alif. Seluruh badan dilap. Memang Alif menangis. Akhirnya, Alif keluarkan lendir kahak pekat. Bila melihat kahak pekat berjaya keluar, kami berasa lega. Alhamduillah..
Punca utama Alif menangis hingga kepalanya panas adalah kahak yang tidak mahu keluar. Untuk pengetahuan semua, Alif sudah beberapa kali kami bawa ke klinik dan menjalani rawatan mist/ steam.<--KLIK UNTUK BACA
Doktor kata, kahaknya akan hilang sendiri sebab bayi tidak pandai membuang kahak. Jika kahak mereka telan, akan kelar melalui najis mereka.
Alhamdulillah, tidak salah kami mencuba rawatan di sini. Mudah sahaja lendir kahaknya keluar.
Doktor kata, kahaknya akan hilang sendiri sebab bayi tidak pandai membuang kahak. Jika kahak mereka telan, akan kelar melalui najis mereka.
Alhamdulillah, tidak salah kami mencuba rawatan di sini. Mudah sahaja lendir kahaknya keluar.
---------------------
Pada awalnya, Ustaz syak rumah kami disihir. Sebab ada bunyi guli dileret awal pagi. Tapi, saya terangkan bunyi guli tu dah lama. Ketika Aisyah umur tak sampai setahun. Tapi, dah lama hilang bunyi tu.
Ustaz ada beritahu en.suami yang dia "buka ikatan" di rumah kami. Tidaklah dia beritahu ada atau tidak "sesuatu" di rumah kami.
Perkara pelik hanya berlaku di awal kami pindah dahulu sahaja. Sekarang, tidak ada apa yang pelik berlaku.
Perkara pelik yang saya alami seperti bunyi guli<--KLIK UNTUK BACA.
Setiap hari saya dengar dalam jam 12 tengahmalam dan ke atas sebab ketika itu Aisyah masih kecil dan dia akan bangun untuk minum susu.
Setiap hari saya dengar dalam jam 12 tengahmalam dan ke atas sebab ketika itu Aisyah masih kecil dan dia akan bangun untuk minum susu.
Seolah ada orang lalu, terdengar seolah nama dipanggil tapi tidak pun. Yang paling kerap, jika di bilik air, terdengar seolah anak menangis. Kelam kabut keluar, tapi anak sedang tidur.
Pernah juga saya marah en.suami sebab asyik memanggil nama saya, sedangkan saya telah menyahut. Kemudian, saya pula dimarahi sebab dia tidak ada panggil pun. Kihkih..
Saja nak buat kami bergaduh ye. Istighfar banyak-banyak.
---------------------
Kami dibekalkan dengan air campuran cuka untuk mandian Alif. Air tersebut boleh juga digunakan untuk Aisyah jika dia demam. Selain itu, air zafaran untuk diminum seiisi keluarga. Dan sebotol haruman kasturi putih.
Kami diajar beberapa potong ayat jika anak menangis. "Bismillahi Masya Allah".
Dan beberapa ajaran lagi.
Dan beberapa ajaran lagi.
Sebelum tidur, paling mudah, bacalah Bismillah sebanyak 21 kali. Rasulullah saw amat risau umatnya di akhir zaman ramai yang mati mengejut. Amalkan membaca al-fatihah, surah 3 Qul dan bismillah sebanyak 21 kali. Kemudian, terus tidur.
Ustaz juga berpesan pada suami, jika berlaku apa-apa gangguan, boleh telefon beliau. Telefonnya setiasa on.
Alhamdulillah, kami pulang dengan penuh kelegaan. Alif juga boleh tidur dengan lena.
Selepas berubat, tiada perkara pelik berlaku. Cuma, Alif ada menangis sekali tu. Dan kami mencuba air bancuhan cuka yang ustaz beri. Lap satu badan. Tidak lama kemudian, di tidur.
Hingga kini, tiada perkara pelik berlaku pada kami. Tiada gangguan apa-apa. In sha Allah semuanya baik-baik sahaja.
Hingga kini, tiada perkara pelik berlaku pada kami. Tiada gangguan apa-apa. In sha Allah semuanya baik-baik sahaja.
~Wallahuaklam~
10 Ulasan
Alhamdulillah baca entri ni teringat nak
BalasPadammakan madu, baru makan sekali atau dua kali ja tahun ni. Alhamdulillah keadaan makin baik. Boleh tambah memulakan doa dengan auzubilahiminasyaitanirajim, inshaAllah. Moga Alif makin sihat.
bile kite diduga dgn sakit ...tak salah cube perubatan moden dan tradisional....in sha Allah mane yg serasi itu lah jadi penawarnya....
BalasPadamAlhamdulillah..dia lebih serasi dgn perubatan Islam...
BalasPadamTiga-tiga bahan tu rumah kakak sentiasa ada Mar atas pesanan ustaz kawan abang juga. Moga ikhtiar Mar berjaya..
BalasPadamKita usahakan aje mana yang elokkan, Mar. Bunyi guli dan heret perabot tengah malam tu saya pun pernah alami tapi di rumah lama. Pelik malam-malam dengar bunyi guli dari rumah atas. Kalau tidak pun, heret perabot. Setiap masa sebaik selepas pukul 12 tengahmalam. Yang lagi pelik, rumah atas tu kosong! Rupa-rupanya orang kata kalau bunyi macam tu, bukan dari rumah orang lain tapi rumah kita yang ada 'masalah'!
BalasPadamTiga benda yang perlu ada tu, satu aje saya takda. Haruman kasturi tu!
tulah doc pun sllu ckp budak2 baya mcm tu lama2 dia boleh elok sendiri..mujur uols pergi buat rawatan islam tu..lega bila dengar kahak dia dah keluar..yelah budak2 mana tau nak kuarkan mende tu..alhamdulilah semua dah kembali ok.
BalasPadamkat umah ni byklah pokok limau kasturi..haruman xdelah pulak..cuka makan ngan madu ada :)
Betul tuh mar..kite usaha selebih tawakal..alhamdulillah keluar jugak kahaknye..itu yg buat die xselesa tuh..
BalasPadamAlhamdulillah..dgn izin Allah juga kita diuji..dgn izin Allah jg kita kembali ok..bleh amal jgk ape yg jd kt mar tu sbg peringatn..
BalasPadamAlhamdulillah, semuanya dah pulih spt sediakala..
BalasPadamtq for sharing ni mar.
BalasPadamanak2 kecil ni memang byk dugaan.
and perubatan islam ni memang baik pada aida.
in shaa Allah...
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.