Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nestum Homemade


6 bulan! Si manja sudah boleh makan? Ye, sudah boleh memperkenalkan makanan untuk dia. Sebagai seorang ibu pasti teruja untuk memberi si manja makanan yang berkhasiat. Dalam kepala sudah berkira-kira menu untuk dia. Keterujaan itu hingga menu makan harian untuk keluarga pun boleh lupa.


Jadual ini saya dapat dari FB, simpan dalam phone.


4 hari pertama saya ikut 4 days rules, bertujuan memperkenalkan makanan pada bayi. Kali pertama, dia tidak pandai lagi. Macam nak tercekik.

Saya ikut jadual tersebut, buat puri epal. Kemudian, tak ikut dah. Gasak buat puri apa yang ada. Almaklum lah, kalau bab buah-buahan ni, terlajak laris dalam rumah ni. Pantang ada buah, peti ais kejap buka kejap tutup.

Seminggu kemudian, saya sudah memperkenalkan bubur kisar halus kepada Alif. Masa yang ada agak terbatas, jadi saya buat seperti Aisyah dahulu. Masa Aisyah dulu pun, saya terus beri bubur blender.


1- Kisar beras halus mulus dengan pengisar kering. Kemudian, simpan.

2- Bila nak masak bubur, hanya ambil 2 sudu besar dan kemudian masak dengan secawan air.

3- Bila beras sudah dikisar halus, proses untuk masak bubur cuma sekejap je. Agak-agak kembang, dah boleh tutup apa.

4- Lenyek dan tapis menggunakan penapis besi.

5- Hasil tapis itulah yang saya beri pada Alif.



Rasa dia macam nestum. Tapi, nestum dalam tin tu manis. Untuk menambah perasa, saya bubuh bilis sangai yang dikisar halus.

Untuk mengelakkan dia bosan, saya bubuh susu formula. Rasa dia lemak-lemaklah. Bila rajin, saya buatlah puri sayuran pula. Itu pun saya campurkan dengan bubur hancur. Buat masa ni baru beri dia labu.

Bayi kan makan sikit sahaja. Maka, hasil puri atau bubur yang kita blend tu memang boleh buat stok seminggu.

Budak comel ni duk perati Kak Aisyah makan aiskrim. Alahai...








Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. xlama lagi alma pn akan ikut jejak ziyad hehe

    BalasPadam
  2. wah./...dia dah boleh makan..mesti banyak idea untuk si comel ni kan...

    BalasPadam
  3. Anak-anak kakak pun dulu semua makan bubur nasi blander tak ada puri-puri macam zaman sekarang ni..

    BalasPadam
  4. ingatkan boleh la rehat lama sikit bab sediakan homemade baby food..dh nk keluar baby lg satu ni..pasni rup2 dh 6 bulan..sy biasa rendam beras pastu terus masak bubur..malas nk kisar awal2.hehe

    BalasPadam
  5. owh... pernah buat camtu, tapi anak tak suka, akhirnya saya masak nasi lembik, pastu blend bagi halus.. bru anak makan..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code