Korang dah makan ubat cacing ke belum? Cuba ingat balik, kali terakhir korang makan ubat cacing bila.

Sebenarnya, beli untuk Kak Aisyah. Last dia makan ubat cacing, masa umur 2 tahun. Lama dah. Kena bagi lagilah sebab selera makan dia kian merudum meskipun saya beri vitamin Champs. Seakan imun, tidak berkesan dah.

Tak perlu risau kalau anak tak mahu makan ubat cacing. Sekarang dah ada perisa coklet yang confirm memang sedap. Sebab, Kak Aisyah minta lagi lepas makan 1 biji.



Sekotak, ada 2 biji. Perlu makan dua biji tersebut. Harga cuma Rm10.

Tahun depan beli lagi ok! Masa tu tak tahulah harga naik jadi berapa ringgit pula.