Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kluang Railway Coffee Station & Laman Kreatif 3D

Assalamualaikum

16 Oktober 2016 - Tertunai hasrat kami menaiki keretapi KTM! Kempas - Kluang. Anak-anak paling teruja sebab memang niat nak bawa mereka naik keretapi. Biar mereka rasa sendiri.

 Perjalalanan singkat selama 1 jam 30 minit terasa penat dek melayan karenah anak-anak yang tak reti duduk diam.


Satu pengalaman baru juga buat kami. Selama ni naik kereta je kan. Teruja sungguh si Aisyah dan Luthfi bila nampak keretapi depan mata. Kami pergi dengan 2 keluarga dan seorang rakan masih single available.


Pembelian tiket secara online. Print dan tunjuk sahaja.


Bertolak awal pagi, train jam 9.00 pagi. Keretapi pun kosong je. Berbaloi rasanya sebab tak beli tiket untuk Aisyah, bukan reti duduk pun. Dah tu buat macam rumah sendiri pula!


Welpie seketol untuk kenangan. Bersama blogger Pelangi Itu Indah.


Sampai sahaja di stesen Kluang, kami bergegas keluar takut keretapi gerak. Destinasi pertama dan utama mestilah Kluang Rail Coffee. Masa kami sampai, kedai ni memang pack giler, meja penuh, tak termasuk yang menunggu. Kami antara pelanggan yang menunggu. Tapi, tak lama menunggu, 2 meja yang diduduki sekumpulan biker beransur setelah melihat kami yang menunggu dengan kelaparan. Diorang la...aku tak lapo sangat sebab dah breakfast. Akekeke...



Dah dapat seat, apa lagi, orderlah!


Kami order laksa johor, roti bun bakar kaya / butter, telur separuh masak, nasi lemak, bihun soto untuk budak-budak dan yang wajib adalah KOPI!

Saya minum Kopi O panas dan roti bun bakar. Giler sedap kot. High recommended. Nasi lemak 90sen, alahai ciput je. Jamah juga sebab kecik kan saiznya. Tapi, pada saya nasi lemaknya kureng dari pelbagai segi.

Sila jangan tertipu dengna meja yang kosong. Dah habis diorang telan.


Perut dah kenyang, makanan pun dah licin, pelanggan lain pun ada yang dah menanti. Kami segera beransur dan cari tempat lepak.

Kami bernasib baik sebab kakak ipar suami blogger Pelangi Itu Indah ada duduk di Kluang dan meminjamkan kereta wiranya. Sendat tak sendatlah kereta tu, itu belakang cerita.


Takyah cerita panjanglah.. Jom layan gambar kami di laman kreatif 3D


Kebetulan pula ada pelakon tengah shooting. Agak-agak siapa ye?
Achey  dan Sharul Shiro. Tak bergambar sebab perasaan malu yang menebal.









Kami ber8


Laki bini nak berselpie


Sebelum balik, kita minum dulu... Pekena kopi dia yang kaw lagi. Kali ni saya minum Kopi ais. Makoih...pekat melikat. Kaw sungguh..

Kopi O husband punya. Roti bun bakar, saya punya. Sedap betul la..


Sebelum balik, sambil menunggu keretapi sampai, kita bergambar dulu. Kenangan bersama di hadapan Kluang Rail Coffee.




In sha Allah panjang umur, pergi lagi. Padahal selalu je turun Kluang. Gile poyo aku ni.





Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. La... kakak selalu ikut abg tengok projek dia di Kluang cuma singgah di Kluang rail coffe dia yg sendat tu Mar. Tak nampak pun yg 3D ni.

    BalasPadam
  2. bestnya uols..trip yang best sgt
    tingin nak bw anak2 nain train gini..tgklah caner..kena plan
    mmg anak2 iols pun x reti duk diam..kita yg penat haha

    BalasPadam
  3. best jgk naik ketapi nih... udahla tak ramai org...
    pastu dpt lak layan bfast kt kedai yg mmg glamer kt situ mmg layan lah

    BalasPadam
  4. bnyaknya customer Kluang Rail Coffee.. wahh.. meriahnya sampai tunggu giliran..

    mcm best je kan menu2nya..

    lukisan kt dinding tu mmg sesuai utk photoshoot.. cantiknyaaa...

    btw, sy blum ada pnglmn naik ketapi ni.. hee..

    BalasPadam
  5. Sekarang tk boleh nk naik train lg. InsyaAllah satu hr nnt :)
    Bnyk jugak tmpat mnarik d kluang ye

    BalasPadam
  6. welcome to kluang sis! my hometown!! saya kalau dengan family makan roti bun bakar n teh je, tak pernah plak makan soto, laksa nanti nak try lah...nasi lemak kat situ memang sedap sis, maybe sekarang dh tukar orang kot. anyway, lukisan 3D tu kat mana ek??

    BalasPadam
  7. Sesekali ubah cara berjalan, memang seronokkan. Saya nak juga bawa anak-anak nak ERL tapi entah bilalah boleh kesampaian. Saya ni nama aje orang Johor, Kluang tu dah lama sungguh tak jejak kaki. Kisahnya, balik BP pun sepurnama sekali, apa kes!

    Oh, dah ada lukisan 3D ya! Sesekali balik BP kalau ada masa lebih bolehlah agaknya lajak terus ke Kluang pulak!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code