Diorang guna menatang ni tak lekatkan frame, pasu segala supaya barang-barang tak jatuh. Siap lekatkan remote tv tinggi-tinggi hingga gagal dicapai oleh budak tu.
Hari tu aku terjumpa tack-it ni di pasaraya. Semangat lah beli. Tapi, Alif belum sampai tahap nakal macam iklan dalam tv tu lagi. Cuma segala pasu bunga comel-comel dia geram kot, dia baling-baling macam bola dan buat aku rasa nak nangis.
Inilah dia. Sebenarnya plastesin / tanah liat. Lebih kurang macam tanah liat zaman kita kecik-kecik main, yang dalam kotak besar bentuk kotak macam sabun buku fab tu. Cuma tack-it ni versi moden, lebih lembut dan tidak ada bauan pelik.
Tack-it ni sudah siap dipotong, mudah untuk kita gunakan. Tapi, aku nasihatkan korang jangan kedekut nak guna. Sebab, setakat seketul dua menda tu tak lekat. Kena guna banyak-banyak, gumpal-gumpal lepas tu penyekkan.
Ni aku try test uji cuba. Aku letak 2 ketol je. Hekelek,,tak kaw lekatnya. Baru kertas je kot. Tapi, baru permulaan, jangan cepat menuduh tak bagus.
Benda ni kalau dah lama dilekatkan tanpa diusik, memang gam melekat jugalah. Tapi, kalau baru kita tampal lepas tu ada tangan gatal usik, tanggalkan, kebarangkalian barang-barang untuk lekat tu dah kurang sebab asik kena usik je.
Tapi, boleh la digunakan...
10 Ulasan
Untuk lekatkan barangan yang simple dah ringan in sha Allah ok ni..
BalasPadamwow semakin maju package
BalasPadamMasa akak kerja dgn developer dkt resort dulu setiap kali meeting tag ini mesti kena ada sebab nak lekatkan drawing kat white-board. Drawing kan AO size besar so memang kena lekatkan guna ni tak boleh guna magnetic button/strip yg boleh tutup drawing.
BalasPadamSekarang kakak jarang guna dah...
dulu masa beljar pun rajin guna ni..kalau boleh digunakan untuk tujuan2 tu why not kita guna dalam rumah kan..
BalasPadamUtk lekat bnda2 kecik n ringan msh blh
BalasPadamkawan el lekat fram gambo..tapi yg ringan lah..ok je
BalasPadamerkk bestnya guna ni
BalasPadamOoo. Nmpk cm bgus. Dlu bnda ni slalu guna kat skolah ketak manila kad
BalasPadamingat iklan tv raya tuh....
BalasPadambgs jgk nampaknya tack it nih... blh try nih sesuai bdk mcm aiyan nih, kalu tak remote asik ilang je ntah mana dia ltk
Ohhh tak terpikir pun nak lekat guna ni...selalunya guna double sided je kan....
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.