Assalamualaikum

AR Wangi Spray Jelly Awning | Spray dambaan ramai lebih-lebih lagi yang gemar menggayakan tudung jenis bawal. Adakalanya tak menjadi nak bentukkan tudung. Lembik.


Saya diperkenalkan dengan produk ini sebulan yang lalu. Berbaloi sangat tau ada spray jelly awning ni. 

Cuma perlu spray sikit-sikit di sekitar yang dilipat ketika memakai tudung, kemudian gosok. Aromanya yang wangi pasti memukau. Tidak perlu memakai minyak wangi lagi.


Cantik tak hasilnya? Sejak berkaca mata (malas pakai contact lens), tudung bawallah yang menjadi pilihan. Tidak pun selendang yang digayakan ala awning.

Kalau nak tau spray ni bukan sahaja berguna untuk tudung bawal. Tudung awning yang awning dah renyuk, kemut, patah pun boleh guna spray ni. Bagi bentuk awning kembali terbentuk.