Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Ergonomic Maternity Support Belt Mamaway Yang Sangat Selesa

Assalamualaikum

Ergonomic Maternity Support Belt Mamaway Yang Sangat Selesa | Sebelum ni tak terasa pula untuk memilikinya, tapi mengandung kali ke-3 kali ini agak mencabar sedikit. Siapa sangka produk Mamaway yang berbaloi-baloi ini dapat membantu saya bila rasa tidak selesa muncul.


Mamaway Ergonomic Maternity Support Belt ini berfungsi membantu mengurangkan sakit belakang dan sakit pinggang pelvis ibu mengandung. Maklum sahajalah bila mengandung, ibu mengandung perlu membawa perut yang semakin membesar. Maka, produk ini direka dengan tali pinggang sokongan perut di mana ia boleh melegakan kesakitan dan menyokong perut seolah-olah perut ditampung oleh tangan. Malah, ia disyorkan oleh pakar obstetrik Australia, pakar kesihatan dan pakar fisioterapi di seluruh dunia.


Kebaikan menggunakan Ergonomic Maternity Support Belt Mamaway

1- Evenly Distributes The Weight - Rendah di bahagian depan dan tinggi di bahagian belakang utuk menstabilkan perut seperti sepasang tangan kukuh yang menampung.


2- Contain Skin Hydrating Papolis - Mengandungi gentian squalene laut Papolis bertujuan menghidrat kulit sensitif dan regangan kulit ibu hamil.

3- Premium Material - Bahan yang digunakan adalah berkualiti dan lembut di mana sangat lembut bila bersentuhan dengan kulit.

4- Super stretchy & breathable

5- Premium Velcro

6- Easy to use - Direka bersama pemegang sokongan.


Setiap pembelian akan disertakan arahan pemakaian seperti di bawah. Arahan adalah mudah untuk difahami.


Kalau nak refer video pun boleh, boleh terus ke link INI.




Bagi yang friend saya di FB dan IG mungkin sudah tahu yang saya agak sibuk kebelakangan ini dan baru sahaja masuk wad selama 2 hari atas faktor kesihatan. Mengandung kali ke-3 ini saya diduga dengan kesihatan yang kurang baik meskipun saya rasa baik-baik saja.

Jujur saya katakan, ergonomic maternity support belt mamaway ini sangat selesa dan sangat membantu pergerakan saya. Bila malam-malam, sudah selesai segala kerja rumah, dengan saya yang bekerja lagi, memang agak letih dan terasa perut ni agak berat hingga mahu melangkah pun kadang-kadang tak berapa larat. Tapi, dengan adanya ergonomic maternity support belt mamaway, ia membantu menyokong perut saya dan memudahkan pergerakan saya. Malah waktu tidur pun rasa selesa.

Bagi ibu mengandung di luar sana, saya cadangkan korang beli dan cuba sendiri produk ini. Sangat berbaloi.


 Bermiant untuk order?

Facebook :




Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. wah bestnya..ciktom nak beli jgk la kalau pregnant anak kedua nanti..senang..xdelah mcm aritu asyk kena pegang perut je..hihi

    BalasPadam
  2. bagusnya produk ni mar..at least takdelah rasa tak selesa ,lagilah perut semakin membesar kan..

    BalasPadam
  3. wahhh syoknya dah hujung2 ni lagi kerapkan sakit pinggang..memang membantu..

    BalasPadam
  4. wahhh.. makin terasa selesa perut membesar macam ni... thanks..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code