Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman Warded 2 Hari di HSA

Assalamualaikum

Pengalaman Warded 2 Hari di HSA | 12.12.18 - Tarikh temujanji check-up di hospital telah ditetapkan seawal 8 pagi. Biasalah kan, orang ramai menanti giliran, maka menunggulah dengan penuh sabar.


Selesai pemeriksaan tekanan darah, air kencing dan timbang berat badan, tunggu pula hingga doktor panggil. Agak lama juga pemeriksaan dengan doktor ni, tup tup warded! Uhuiii..


Selesai urusan mengambil darah, ke kaunter pula untuk uruskan kemasukan wad. Kemudian alas perut dahulu sebelum daftar masuk wad.

Antara alas perut yang paling bagus ketika hamil ialah susu untuk ibu mengandung. Jenama susu di Malaysia memang banyak. Blogger Ibusyurga ada kongsikan senarai susu ibu hamil terbaik. Memang lengkap.

Proses pendaftaran masuk wad pun mudah sahaja. Hanya perlu tunjuk kad pengenalan. Kebetulan pula rekod saya di HSA memang dah ada, tidak perlu banyak soalan dah. Selesai sahaja, satu file diserahkan kepada saya dan boleh naik bangunan atas untuk serah diri.

Saya ditempatkan di wad 3 timur iaitu wad khusus untuk para ibu mengandung. Sebelum ke katil saya perlu menukar uniform wad berwarna pink dahulu. Setelah tukar, perlu masuk ke bilik pemeriksaan pula. Oleh kerana saya bukannya masuk wad untuk bersalin, proses tidaklah banyak sangat. Hanya check jantung bayi sahaja.

Saya ditempatkan di katil 76. Mujur katil saya tidak jauh sangat dengan kaunter jururawat dan tandas. 

Hari pertama di wad, BSP saya dipantau. Di wad BSP dipantau sebanyak 7 kali tau. Kembang jari kena cucuk je. Kemudian buat ECG pula. Lama juga saya berbaring di bilik ECG sebab mesin ada sedikit masalah. Sakit tu adalah juga hingga meninggalkan bekas berhari-hari baru hilang sepenuhnya.

Hari ke-2, jam 5 pagi sudah terjaga. Duduk di wad ni bukan boleh tidur nyenyak. Satu, sebab tak biasa. Dua, jenis telinga lintah, bunyi apa-apa pun senang terjaga. Lepas tu, jenis tak mengantuk pula tu di siang hari. Kalau dulu, saya jenis susah tidur di malam hari. Bila di siang hari pula mudah tertidur tiba-tiba. Sekarang, tak macam tu dah.

Berbalik kisah hari ke-2, lepas terjaga, baring-baring dulu. Lebih kurang jam 5.30 pagi baru saya bersihkan diri dan bersiap untuk solat subuh. Lepas tu memang tak tidur dah. Maka tertoleh lah kanan kiri tak tahu nak buat apa.

Pagi tu saya ada rawatan pemeriksaan jantung. Lebih kurang jam 9 pagi saya ditolak menggunakan wheel chair. Jauh juga ye ditolak dari wad ke bilik rawatan ni.


Wheel chair diparking di depan bilik ni dan duduklah saya hingga nama dipanggil. Rawatan tidaklah lama sangat tapi sakit juga bila dada ditekan-tekan. 


Hasil pemeriksaan mengesahkan jantung saya sihat. Baik-baik saja. Alhamdulillah. Faktor pembawakan kot, mudah penat dan mengah. Hingga hari ini, ada ketikanya dada saya mudah berdebar kencang lagi-lagi bila dah letih.


Selesai rawatan pemeriksaan jantung, saya ditolak pula untuk menghadiri kelas pemakanan. Maklumlah diabetic diet kan. Saya diajar cara pemakanan sihat bagi mengawal kencing manis saya. Bukan sahaja cara pemakanan malah waktu makan yang sesuai juga. Air manis memang totally kena reject kalau nak control kencing manis.

Saya dimaklumkan boleh discharge lebih kurang jam 3 petang. Lega tak yah lama-lama duduk di wad. Bosan kot sebab hanya duduk, tidur, makan dan buat pemeriksaan je kerjanya. Tapi procedure tetap procedure. Walaupun dimaklumkan discharge jam 3 petang tapi jam 7.30 petang baru betul-betul keluar dari wad.


Inilah bil yang perlu dijelaskan selama 2 hari membuat rawatan di sini. RM14 sahaja. Terkejut juga saya.

Doktor baik, nurse baik, layanan serba serbi baik je. Cuma tidak dibenarkan charge handphone di sini. Kalau nak.dibandingkan hospital private mungkin sangat berbeza, tapi pada saya sudah memadai. Sudah selesa dan semua terjaga rapi.

Dapatlah MC dua hari dari hospital sebab warded. kebetulan pula 12.12.18 saya memang dah apply leave, oleh kerana dapat MC, saya tukar AL tu ke hari jumaat. Hari ahad pula buat BSP. Hari isnin, appointment doktor di KK Masai. Straight kan. Letih juga.

Buku pink saya ada 4 rekod tahap yang perlu dititikberatkan. Ni sekarang ni sudah 2 minggu jugalah hidung mudah berdarah tapi berdarah tak teruk. Kalau bersin-bersin, hembus mukus tu memang disertai darah.

Macam-macam betul dugaan mengandung kali-3 ni. Dengan kerja yang menimbun, anak pula dah mula bersekolah, perlu dipantau. Tahap kesihatan pula agak tidak baik meskipun rasa baik-baik saja.




Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Moga sentiasa bersemangat dan diberi kesihatan yang terbaik..aaminn.

    BalasPadam
  2. Semoga terus sihat dan enjoy your pregnancy, rindunya nak pregnant....

    BalasPadam
  3. Moga terus sihat hendaknya Mar dan dipermudahkan semua urusannya nanti ..

    BalasPadam
  4. Bila preggy ni setiap anak pembawakan lain lain kan .Macam saya nak no 3 la merasa warded sebab contraction awal masa kandungan 6 bulan .apa apa semoga dipermudahkan urusan ye

    BalasPadam
  5. Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik

    BalasPadam
  6. smoga kak mar baik baik shj. memang bawakan mengandung tu kot.

    BalasPadam
  7. semoga kak mar dikurniakan kesihatan yang baik sentiasa

    BalasPadam
  8. sabar kak dugaan. semoga dipermudahkan nanti. ena pon dulu mabuk teruk smpai 6 bulan. masuk air memang banyak kali. sampai terpaksa cuti tanpa gaji. tapi masa beranak sangat dipermudahkan.

    BalasPadam
  9. Allahu. Tapi Mak tahu Kak Mar and baby kuat. Jadi bila nak scan? hmm

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code