Kami memilih jenis inverter untuk penjimatan elektrik. Lebih lagi penapis air kan sentiasa on elektrik je kan.
10.12.2018 - Pemasangan dibuat. Sebab saya rasa agak penat dah untuk asyik masak air. Sebelum ni memang saya jerang air dalam periuk untuk dibuat air minum. Untuk air panas pula sekadar menggunakan thermopot. Itu pun sudah berjasa lebih 6 tahun! Sebaya Cik Aisyah saya.
Mudah je proses pemasangan penapis air ni. Cuma perlu whataps seller dan tetapkan tarikh. Juruteknik pemasangan akan menghubungi kita untuk menetapkan masa.
Sambil pasang, juruteknik memberi penerangan kepada pelanggan mereka, cara yang betul untuk mengendalikan penapis air ini. Saya diajar cara cuci filter di bahagian luar mesin serta cara menggunakan penapis air fungsi ini.
Tada.. selesai sudah pemasangan. Masa ni saya tengah tunggu air naik bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
Model cilik bergambar dengan penapis air baru ibu. Syukur sangat-sangat bila salah satu gajet idaman telah diperolehi. Baru semangat masing-masing minum air putih kan!
Bil yang perlu dijelaskan. Mereka berkonsep, siap pasang baru bayar. Makanya, selesai sahaja pemasangan dan berpuas hati dengan penapis air yang telah dipasang, segera saya transfer duit ke akaun yang diberikan.
Berminat dengan penapis air Bio Ultra? Terdapat banyak pilihan penapis air dia sini. Boleh ke FB Bio-Ultra-Alkaline-Sales-Services-HQ
2 Ulasan
wahhh suka aliff ada penapis air baru..
BalasPadammasing-masing dah pandai request.. nak air masak tekan2
PadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.