Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Bila Adik Bongsu Pindah Rumah

Assalamualaikum

Bila Adik Bongsu Pindah Rumah | 09.12.18 - Merupakan tarikh pindah barang dari rumah sewa adik ipar di Segamat ke Taman Megah Ria, Masai. Lebih kurang 10 minit je dari rumah saya. Mereka telah bernikah dan bersanding setahun yang lalu. Selepas setahun berPJJ, akhirnya mereka dapat duduk sebumbung.


Rumah ni adik bongsu saya beli dalam tahun ni juga. Rumah 2nd, medium low cost je dengan harga RM150K. Alhamdulillah, dengan harga rumah sekarang yang mahal tak masuk dek akal, dapat rumah kecil pun dah syukur. Ada rezeki lebih, boleh buat renovation.

Nak renovate pun kena cari kontraktor rumah yang bagus. Buat kajian dulu ya. Cari Facebook page mereka dan lihat projek mereka yang terdahulu. Contohnya macam FB page Nas Nuri Construction. Kontraktor rumah Shah Alam yang berpengalaman 10 tahun. Dah lebih 100 buah banglo dibina.


Lori sampai lebih kurang jam 3 petang. Maka bertungkus lumus lah masing-masing mengangkat barang yang penuh 1 lori. Lengkap dah barang-barang rumah mereka, set bilik tidur, kabinet dapur, peti ais, peti sejuk.


Menjadi satu masalah pula bila nak bawa naik almari baju. Tak lepas nak lalu kat tangga ni. Almaklumlah rumah lama, kalau ikut jiran sebelah, rumah di taman ni dibina pada tahun 1989. Harga masa tu baru RM22K. Emm.. 2018, harga rumah dan hartanah mencanak sungguh.


Gigih la pula mencabut anak tangga. Mujur anak tangga hanya pakai skru, mudah lah dicabut fan dipasang semula.


Bila anak tangga dah lopong, almari dinaikkan dari bawah. Berkat kerjasama semua pihak, berjayalah menaikkan almari baju tu.


Selesai sudah sesi memunggah barang. Kakak sulung sayalah yang rajin membantu mengemas barang-barang dioramg ni. Siap sponsor cat dan tolong cat di bahagian ruang tamu. Langsir dan rod kayu langsir di ruang tamu pun dia tolong belikan. Cantik dah rumah diorang ni. Sejuk aje mata memandang.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. rumah skrg mmg mahal. xpe, nanti boleh deko sikit2.. yg penting selesa nak duduk kan dan dah ada rumah sendiri..

    BalasPadam
  2. Fuh dulu rumah ni lah saya mula - mula duduk.. nak belajar hidup hihi

    BalasPadam
  3. Pindah rumah memang sibuk banyak urusan pemunggahan barang2

    BalasPadam
  4. Penat pindah rumah ni..Tp bile pindah ke rumah sendiri takde la fikir akan pindah lg..huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code