Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pakej Ultrasound Scan Menarik di Klinik MyFamily

Assalamualaikum

Pakej Ultrasound Scan Menarik di Klinik MyFamily | Saya percaya, rata-rata para ibu yang mengandung pasti teruja dan tertanya-tanya jantina bayi masing-masing apabila mengandung. Ada yang saja-saja buat suprise untuk diri sendiri, hanya tahu jantina bila bayi dilahirkan. Ada pula yang pasti akan membuat ultrasound scan bagi memastikan jantina bayi mereka. Begitu juga dengan kami. Meskipun anak yang ke-3 keterujaan untuk mengetahui jantina tu tetap ada.

Alhamdulillah, rezeki adik baby untuk di scan kali ini. Kami memilih Klinik MyFamily yang baru dibuka cawangannya di Johor Bahru ini. Dengan bantuan waze, in sha Allah semuanya dipermudahkan. Klinik ini terletak di kawasan bangunan baru berdekatan dengan Plaza Tasek.

Bagi memudahkan semua pihak, adalah disarankan untuk membuat temujanji terlebih dahulu. Bukan apa, tidaklah lama kita menunggu nanti kan.


Kami tiba di klinik lebih kurang jam 10 pagi dan temujanji juga adalah jam 10 pagi. Risau jugal kalau terlambat sebab sudah lama kami tidak ke kawasan ini. Banyak perubahan rupanya. Klinik MyFamily terletak berhadapan kawasan perumahan dan petak parking pun juga banyak.


Saya segera ke kaunter berikutan temujanji saya jam 10 pagi. Terlebih dahulu saya mengesahkan temujanji saya dan kemudian saya diminta untuk mengisi borang, salah satu procedure di sini. Mana-mana klinik pun sama kan.


Cantik, teratur dan tenang sahaja di klinik ini. Ruang menunggu juga luas dan selesa. Turut menyediakan mesin air jika dahaga. Bagi yang ada anak kecil, boleh lah dilepaskan dikawasan ini, pasti mereka tidak bosan jika menunggu lama.


Bilik rawatan, surau dan tandas.

Saya kongsikan rawatan yang turut disedikan di Klinik My Family ini;
- Pemeriksaan mengandung.
- Ultrasound 2D/ 3D/ 4D/ 5D
- Pemeriksaan bayi dan kanak-kanak
- Vaksin
- Pemeriksaan darah
- Asthma
- Batuk
- Demam
- Selsema
- Pemeriksaan perut
- Pelvis
- Lain-lain


Antara rawatan lain juga;

Pakej Atenatal check-up;
- Pakej Lavender - 9 kali lawatan, RM1,111
- Pakej Ros - 5 kali lawatan, RM701
- Pakej Orkid - 4 kali lawatan, RM611
- Pakej Daisy - 3 kali lawatan, RM460

Pakej Full Screening Wanita;
- Ujian Pap Smear - Untuk mencegah dan mengesan kanser serviks awal.
- Ujian Ultrasound Payudara - Untuk mencegah dan mengesan kanser payudara awal.
- Ujian Ultrasound Pelvis - Untuk melihat tahap kesihatan serviks anda dan mengesan fibroid.
- Konsultasi bersama doktor.

Untuk pakej ultrasound scan pula, terdapat 4 pakej menarik di sini;


Pakej 1 - 2D Growth Scan (6-40 minggu)
RM50
- Saiz kandungan, berat, jantina, kedudukan uri dan air ketuban.
*jantina seeloknya 20 minggu ke atas.
- Tiada CD, 1 gambar hitam/putih, report ringkas.

Pakej 2 - 2D Growth Scan + 3D 4D 5D Scan (24-32 minggu)
RM120
- Saiz kandungan, berat, jantina, kedudukan uri, air ketuban dan 3D/4D/5D scan (muka, jantina, kaki dan tangan).
*bergantung pada posisi bayi.
- CD, 1 color photo, report ringkas.

Pakej 3 - 2D Growth Scan + 2D Detail Scan (18-28 minggu)
RM150
- Scan hitam putih yang melibatkan pemeriksaan organ-organ dalaman seperti otak, usus, jantung,, jari, kaki, hidung, mulut, tali pusat, hati dan paru-paru (termasuk jantina).
- CD, 2 gambar hitam/putih, report ringkas.

Pakej 4 - 2D Growth Scan + 3D 4D 5D Scan + 2D Detail Scan (24-28 minggu)
RM180
- Gabungan pakej 1,2 dan 3.
- CD, 1 color photo, 2 gambar hitam/putih, report ringkas.

Sudah pilih pakej, bolehlah masuk ke bilik pemeriksaan. maka, berbaringlah mak yong sambil mengadap skrin tv di hadapan.


Cik sonographer ni sangatlah peramah dan lemah lembut. Dia layan je setiap pertanyaan kami, maklumlah bukannya faham dengan apa yang kami tengok di skrin. Dia menjelaskan tentang kandungan saya dan serba sedikit kami faham.





Puas hati dapat skodeng adik baby. Cik sonographer pula sangat berusaha untuk mendapatkan gambar yang cantik dan pemeriksaan penuh. Belek sana, belek sini, jantina bayi dapat juga dikenal pasti. In sha Allah akan lahir geng Alif nanti. Memang jelas lah nampak kan bila bayi angkat kaki. Hahaha.. teruja wehhh..

Selesai pemeriksaan dan scanning, kami menunggu di ruang menunggu sementara menunggu gambar dan report siap. Alhamdulillah, inilah dia CD dan gambar yang kami dapat.


Jika CD tidak dapat dibuka atau bermasalah, korang boleh kembali ke klinik ni dan mereka akan gantikan yang baru. Overall, memang bestlah buat ultrasound di sini. Sangat-sangat berpuas hati. Saya amat recommended kepada ibu dan bapa di luar sana yang ingin membuat ultrasound scan di sini.




Whataps : 018-381 3253

Alamat :
No.52 Jalan Penderkar18,
Taman Engku Tun Aminah,
81300 Johor Bahru

Waktu Operasi;
Isnin - Ahad
9.00 pagi - 10.00 malam


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Ya Allah comelnyaaaaa baby angkat kakiii..nampak jelas jantinaaa hahaha

    BalasPadam
  2. memang teruja bila dapat tengok baaby secara live.. memang recommended klinik myfamily ni..

    BalasPadam
  3. Allahuakbar...
    MOga semuanya dipermudahkan ye Mar dan juga Hernee...

    BalasPadam
  4. wah comelnya baby..xsabar nak keluar la tu..hihi..bagusnya klinik siap ada surau..nmpk surrounding pun bersih dan selesa..pakej berbaloi2..nak planning pi sana la jgk..tp tgu next baby..adira dh setahun..hihi

    BalasPadam
  5. bila pregnant kenangan paling best bila nak tau jantina baby..bila dh scan rasa lega je ..sebab segala teka-teki dah terjawab..betul tak mar..hehe😊😊🤣🤣

    BalasPadam
  6. Wah.. Ada pakej yg menariklah.. Bagus ni... Moga selamat & dipermudahkan nnti

    BalasPadam
  7. insyallah..kalau ada lagi lepas ni, nak try amik pakej ultrasound kat sini la...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code