Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kenangan PRU-15

Assalamualaikum

Kenangan PRU-15 | 19.11.2022 - Merupakan tarikh PRU kali ke 15 di Malaysia. Pada awalnya saya agak malas nak pulang ke kampung untuk mengundi, yela dengan jalan jammed, lepas tu nak simpan cuti untuk akan datang pula. Tapi tak sangka pula kerajaan umumkan cuti umum pada 18.11.2022 (jumaat), jadinya Ahad juga cuti bagi kerajaan Johor. Anak-anak tak sekolah.

Pagi Sabtu tu hujan agak lebat. Tunggu hujan reda sikit baru gerak. Dalam 10.30 pagi gerak. Belum sampai Bandar Dato Onn pun jalan dah jammed apatah lagi nak masuk tol. Sangkut kat situ sejam lebih. Kemudian, redah jammed lagi dari masuk tol sampai la keluar tol. Sambung lagi jammed di jalan Yong Peng. 


Bayangkan saya sampai rumah mak abah jam 3.15 petang. Fuhhh.. Memang layan jammed jela satu hari.


Tempat mengundi saya depan rumah mak abah saya je. Di sekolah kebangsaan saya belajar dulu. Sampai je rumah mak abah, suruh anak-anak masuk rumah dulu. Saya pergi la mengundi. Sekejap je sebab takde orang. Saya dah jalan balik baru bertembung dengan kawan saya yang baru sampai. 

Nah. Bukti saya pergi mengundi. Sampai ke hari ni jari saya masih berinai.


Baru lepas Asar, budak Azri dah ajak main kat tanah. Habis pasir atuk dia kerjakan. Tapi sebab cuaca petang pun masih terasa panas, Azri ajak masuk rumah semula, dia kata "Berpeluh-peluh Aji".


Sehari sebelum hari mengundi saya cari telefon bimbit baru untuk abah. Handphone yang dia pakai sekarang dah rosak. Bila cas, cepat mati dan panas. Bateri la tu kot kan. Lagipun handphone tu dah lama, macam tulah. Ada je halnya.

Saya belikan Vivo Y16. Harga pun berpatutan dan yang penting boleh WA, tengok youtube dan bateri tahan lama.


Saya belikan yang berharga RM599. Ok la. Sebelum ni pun abah pakai handphone jenama Vivo. Dah ada handphone baru, boleh dah layan youtube. Takde la bazir bayar bil unifi tapi tak guna internet sebab handphone rosak.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. mujur la jem tapi tetap selamat sampai dan sempat mengundi, cantik juga hp nya tu. Kadang susah juga kalau mak abah kita takde hp nak call atau waktu kecemasan tu payah sikit

    BalasPadam
  2. Tahniah, selamat mengundi dah.. ehehe.. Wahhh.. seronok abah dpt hp baruuu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code