Bila anak-anak dia dah pandai makan, mestilah akan pandai membuang. Kan? Mula-mula kami sediakan pasir dalam bekas pasir kucing lah. Tapi, lama kelamaan tak larat nak bersihkan je. Apa lagi, en. suami belikan automatic cat litter box jenama Tonepie setelah beberapa lama memikir dan baca review pengguna.
Harga automatic cat litter box ni bukan murah-murah. Mostly harga lebih 1K. Ada juga mencecah 2K. Tapi, demi anak-anak bulu, beli jugalah seketul. Kami beli di Shopee dengan harga RM999 tidak termasuk cas penghantaran. Total perlu dibayar ialah RM1086.
Automatik cat litter box ini menjadi pilihan kami sebab ia berkapasiti besar dan rendah berbanding yang lain kami survey. Penggunaannya juga cukup mudah, hanya perlu ON dan link ke telefon bimbit kita. Hanya satu device untuk satu masa boleh connect. Apa yang perlu kita buat hanya setting apa yang perlu contoh masa untuk pembersihan di applikasi yang telah kita download. Setiap aktiviti contoh kucing masuk, kucing keluar, kita akan dapat notification.
Kehidupan harian saya kian mudah bila ada mesin ni. Kalau tak masa saya terbuang untuk bersihkan litter box diorang, bersihkan sangkar, mandikan anak kucing sebab tidur dalam litter box. Sabar ajelah.
Meskipun begitu , tetap lah ada bau najis dan urin diorang kalau diorang tak timbus elok-elok. Ia dapat dikurangkan sebab mesin ini dilengkapi dengan ion penyahbauan dan pensterilan. Korang boleh refer youtube untuk cara-cara pembersihan mesin.
Untuk mengurangkan bau, saya cuba tabur cat litter deodorant beads ni. Adalah baca-baca review ia membantu mengurang bau najis dan urin kucing. Tapi kena tabur sampai 3 - 4 penutup botol tu. Banyak juga.
Nampak tak button di depan tu? Itu kita boleh tekan jika mahu bersihkan najis tanpa menunggu masa yang telah kita tetapkan. Cuma tak boleh tekan yang gambar "tong sampah". Itu hanya boleh remote dari handphone sahaja, mungkin untuk keselamatan sebab once dah tekan, habis pasir semua dia bungkus.
Berapa hari baru plastiknya penuh? Tengok pada pembuangan mereka. So far, buat masa ni 3 hari sekali saya akan buang dan ganti plastik baru. Lepas ni kalau anak-anak kucing dah besar mungkin akan lebih cepat penuh. Silap-silap sehari sekali.
10 Ulasan
uih pernah terpikir nak beli tapi tak sanggup mahal sangat hahahah.
BalasPadamni ada orang belikan, kalau tak saya buang kucing tu nanti..huhu
PadamAkak masih guna cara manual, hahaha. Kalau semua kucing dah besar, sebuah liter box tu cukup ke, Mar?Kucing akak 7 ekor indoor, kalau jln2, memang akan letak 7 box, kalau ada rumah, guna 5 aje, memang penat nak ceduk, kalau ada bajet, bestnya dalam liter box cam Mar ni.
BalasPadamkalau 7 ekor tak boleh kak. kalau banyak kucing baik pakai manual sebab ada kucing taknak share litter box diorang.
PadamMesti peminat naruto kan bagi nama kucing tu kyubi hehe. Mcm agak mahal ye mesin ni takapala, buat manual je
BalasPadamDr Amelina Tempelak Beautifulnara, Ohmedia dan Rotikaya Sebab Putarbelit Kenyataan
haha.. begitulah kiranya
Padamcanggih dh skrg toilet kucing camni., hehe
BalasPadamtulah mudah bagi saya. memang rileks sikit la
PadamComel toiletnya. Kalau kucing kita tak tahulah...silap2 dia main cak2 dalam tu dengan kawan2 dia.Ha3
BalasPadambanyak ke kucing syu? kat rumah saya ada 4 ekor. ok la diorang berganti-ganti guna.
PadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.