Bagi mereka yang duduk di sekitar Seri Alam mungkin kedai ini sudah tidak asing lagi. Tidaklah susah untuk mencarinya. Ramai yang sudah tahu akan keenakkan kambing dara golek di sini.
Oleh kerana kedudukannya yang tidak begitu jauh dari tempat kerja, kami bercadang pekena Nasi Beriani bersama Kambing Dara Golek di sini. Yummy!! Tapi, menu ni hanya pada hari Jumaat ye. Diulangi hari jumaat. Kalau datang hari lain, rekemen makan nasi campur.
Brader tu sedang menggolek kambing.
Muka-muka yang makan dengan penuh selera
Dah kenyang kan, jom balik!
Licin!!!
CRPS tu apa ye? CRPS adalah shortform kepada Chicken Rice Pit Stop. Kalau hari biasa, menu nasi berlauk dan nasi ayamnya menjadi pilihan utama. Banyak pilihan lauk pauk di sini.
Saya pernah mencuba nasi ayamnya. Ayamnya dicurah kuah black pepper dan sos lada turut diberi dalam mangkuk kecil. Pada saya, sosnya ada kelainan.
Suasana kedai juga selesa dan ada kelainan. Meja makan penuh dalam kedai tapi jangan risau, tidak sesak malah selesa!
Inilah lokasi CRPS
Menu lain yang turut menjadi tumpuan ~ Western.
Nak tau apa lagi yang sedap kat sini?Website : crps.com.myFacebook : ChickenRicePitStopAlamat :11, Jalan Gunung 31, Bandar Seri Alam, 81750 Plentong, JohorGPS : 1.512480, 103.864206No. Tel : 019-277 7836Waktu Operasi : 0700 - 0000 (Isnin - Sabtu), Tutup : Ahad.

Ramadhan lagi 2 minggu, tapi baju raya sudah pun beli. Persiapan awal katanya. Pilihan saya mestilah dress yang boleh disarung tanpa sangkut di perut.
In sha Allah, 1 Syawal nanti kandungan saya sudah 32 minggu. Tak boleh pakai baju biasa. Perut dah sendat. Heh..
Biarlah rahsia..
Lepas ni cari baju raya untuk Cik Aisyah pula. Baju anak dara belum beli lagi, tapi sudah ada yang berkenan di hati. Harapnya adalah stok.
Teringat kata-kata Cik Aisyah ketika saya cuba menyarungkan dress ini.
Aisyah : Dah..dah..tak payah pakai. Panjang sangat.
Ibu : *Krik..krik..*
Balik kampung nanti minta emak alterkan. Saya ni, setakat potong bawah dan jahit lurus tu bolehlah. Tapi, macam nak alter bahagian lain.
.:: Sticky Post ::.
Sila scroll ke bawah untuk entri-entri baru
GMBM 1st GIVEAWAY 2015 menawarkan pelbagai hadiah yang menarik dan lumayan untuk di menangi di taja khas oleh ahli GMBM sendiri bernilai lebih dari RM 500. Memang berbaloi menyertai segmen ini. Syarat penyertaan yang kami buat untuk segmen ini juga adalah syarat rutin setiap segmen untuk blogger.
Detail segmen : GMBM 1st GIVEAWAY 2015
- Mula: 10 Mei 2015 [12.30 tengah malam]
- Tamat: 7 Jun 2015 [12.30 tengah malam]
- Cadangan entri: coypaste dari entri segmen ATAU hasilkan entri kreatif sendiri
- Senarai hadiah
.
.
.
.
.
V
Segmen GMBM 1st GIVEAWAY 2015 di taja dan di perhebatkan oleh:-
Kathy,
Maria, YY, Yong, Myja, Sofu, Ida, Ann, Mieja,Fara, Sue, Fuza,
Mamaniza, Hana, Aida, Mar, Khaty, Ayumie, Mila, Zana, Sally, Fiza