Mac 20, 2018

,
Assalamualaikum

Kisah Botol Susu Alif | Seperti biasa, jenama Tommee Tippee memang botol susu pilihan Alif. Dia tak nak botol susu lain. Bulan lepas beli botol susu baru untuk dia.

Peminat Tegar TT

Tommee Tippee memang terkenal dengan corak yang pelbagai. Saya berkenan dengan warna oren ni, maka belilah twin pack sebab harga lebih murah, dalam RM46 je.


Dipendekkan cerita, Alif tak suka warna ni. Saya dah cuba bancuh susu menggunakan botol tersebut dan cuba memujuknya. Tapi gagal. Dia cakap, itu bukan botol susu dia.

Maka, gunakan sahaja botol susu lama. Mujur ada botol susu spare warna hijau yang masih belum digunakan. Tidaklah tergesa sangat cari botol susu lain.

Akhirnya, saya jual pre-loved dengan harga murah-murah je. Tapi, satu puting saya ambil untuk spare botol susu Alif yang lain.

Memang ralat rasanya. Next month beli botol susu baru lagi. Kali ni cari warna biru atau hijau jelah.




Mac 16, 2018

,
Assalamualaikum

AR Wangi Spray Jelly Awning | Spray dambaan ramai lebih-lebih lagi yang gemar menggayakan tudung jenis bawal. Adakalanya tak menjadi nak bentukkan tudung. Lembik.


Saya diperkenalkan dengan produk ini sebulan yang lalu. Berbaloi sangat tau ada spray jelly awning ni. 

Cuma perlu spray sikit-sikit di sekitar yang dilipat ketika memakai tudung, kemudian gosok. Aromanya yang wangi pasti memukau. Tidak perlu memakai minyak wangi lagi.


Cantik tak hasilnya? Sejak berkaca mata (malas pakai contact lens), tudung bawallah yang menjadi pilihan. Tidak pun selendang yang digayakan ala awning.

Kalau nak tau spray ni bukan sahaja berguna untuk tudung bawal. Tudung awning yang awning dah renyuk, kemut, patah pun boleh guna spray ni. Bagi bentuk awning kembali terbentuk.



Mac 12, 2018

,
Assalamualaikum

Cacar Air (Chicken Pox) di Kalangan Dewasa | Hampir dua minggu menyepi dan berehat di rumah. Semua gara-gara chicken pox yang kami sekeluarga hidapi.
Bermula dengan mendapatkan rawatan untuk Alif di klinik Rabbisyfina. Doktor telah menegsahkan bahawa Alif menghidapi chicken pox! Masa ni terfikir berapa lama la kena ambil cuti untuk jaga Alif ni.

Keesokannya, sudah mula timbul-timbul. Chicken pox dah mula beraksi. Saya mandikan dengan sabun yang doktor bekalkan.


Hari-3 badan Alif semakin teruk. Masa ni badan dia panas, demam tapi tak macam demam. Kami mendapatkan rawatan di KK pula berikutan saya juga perlu mendapatkan rawatan.


Saya disahkan dijangkiti chicken pox. Surat pengesahan pun sudah dikeluarkan.


Dapat mc 3 hari termasuk Ahad. T__T
Apalah doktor ni tak tanya saya off hari apa.


Chicken pox dikalangan dewasa agak bahaya sikit. Doktor bekalkan ubat yang perlu dimakan oleh orang dewasa. Sebiji selang 5 jam. 


Jika orang dewasa yang dijangkiti chicken pox, agak bahaya sedikit sebab kuman mudah merebak dalam badan. Sebab tu orang dewasa perlu ambil ubat ini untuk mengelakkan kuman merebak dengan pantas.

Hari ke-5, saya ke KK lagi untuk tambah MC lagi. Keadaan kritikal, dapatlah 5 hari Mc termasuk sabtu dan ahad. Hahaha.. lagi sekali. Sebut kerja swasta je terus hentam mc sabtu ahad.


Sedih tengok Alif menangis menahan gatal dan pedih. Tapi, budak kecil ni mudah sahaja ubatnya. Bagi je air kelapa, keluar habis satu badan. Jaga suhu badannya agar tidak demam terlalu tinggi.


Ini daun semambu. Sedahan besar pengasuh anak saya carikan. Jasamu sentiasa dikenang wahai Cik Sumik.


Masa ni kulit Alif sudah semakin pulih. Chicken pox sudah mula kering dan Alif sudah lincah berlari-larian. Pagar tu pun dia dah panajt dah.




Ini hari ke-7 tak silap saya. Dari hari ke-5 selera makan saya dah hilang. Makan memang tak lalu. Makan ubat je kerjanya pastu tidur. Mujur masa sakit ni saya tengah bendera merah. Tidur ajelah kerjanya.


Hari ke-7 dan ke-8, badan semakin lesu kerana masih tiada selera makan. Masa ni rasanya macam dah kurus kot. Masa ni jelah.

Mc untuk kesekian kalinya. Dapat 2 hari je. Doktor kata nanti chicken pox cepat kering.


Ke klinik panel kompeni pula sebab chicken pox yang dah kering mula terkopek gara-gara pakai bra dan baju. Terus dapat MC 3 hari. Selesai masalah.


Hari ni, saya dah mula bekerja semula. Lama sangat berehat. Mc yang stress tau.

Untuk pengetahuan semua, en.suami pun kena chicken pox. Dia lagi teruk kena dari saya. Habis satu badan. Cuma dia kena lambat 2 hari dari saya.


Sepanjang kami kena chicken pox, kami mandi menggunakan sabun ni. Disamping mandi dengan air mandian daun semambu. Sabun no wangi tau dan berkesan.



Mac 06, 2018

,
Assalamualaikum

Bermandi Manda Di Air Terjun Sg Bantang | Cuti CNY tempohari ambil kesempatan bermain air di air terjun Sg Bantang, Bekok. Inilah tempat reakreasi yang berdekatan dengan rumah emak.

Dah musim cuti kan. Memang ramai orang. Kebetulan masa sampai hujan turun pula. Masa tu frust jugalah sebab tak dapat main air. Sempat tunggu 3 kali hujan baru dapat main air.


Paknya tengah usha tempat. Maklumlah lepas hujan, perlu pastikan takde tali air sebelum main air.


Alif paling teruja sekali masuk dalam air. Memang pantang nampak air budak kecil seorang ni.





Penat main air, makan bekalan. Ada nasi goreng, pisang goreng, kentang goreng, mi siput cicah sambal tumis homemade, cekedis dan air.


Kami tak lama sangat di sini. Dalam jam 5.30 petang kami beransur pulang. Lotih aihh..