Anggap Saja "Tiada"

By Mar Mansor - 10:01 PG

Hari ini, tetap seperti hari-hari sebelumnya, bersiap ke tempat kerja dan menguruskan Cik Aisyah seperti biasa.

Cik Aisyah semakin lincah dan aktif. Malah semakin bijak selepas baik dari demam hari tu. Sifat ingin tahu yang tinggi serta kerajinan yang terserlah menyebabkan kerajinan dalam diri ibu luntur.

Ibu berkemas di dapur, Aisyah berkemas di depan. Ibu berkemas di depan, Aisyah berkemas di dapur. Ibu berkemas di bilik, Aisyha berkemas di depan lagi. Alahai Aisyah...

Tangan kecil Aisyah semakin laju membuka tutup bekas makanan. Semua bekas mahu dibukanya. Peket-peket kecil Nescafe 3 in 1 selamat dipunggahya. Tidak cukup dengan itu, uncang-uncang teh Boh pula dikeluarkan satu-satu. Ohhh..tidak mencabar. Pinggan mangkuk yang ibu sudah susun atur di rak pinggan pula dikemasnya. Kalau plastik, tidak mengapa. Ini, kaca!!


Mengenai entri kali ini, adalah berkisar tentang tempat kerja. Ala kerja lagi..

Hari tu Abang Botak ada berpesan, syarikat akan menghantar ibu kursus 2 hari, jadi ibu kena bersedia. Ibu cuma jawab pendek, OK..

Sekarang ni sudah pun dipenghujung bulan Mei, ibu beranggapan lebih baik ibu lupakan sahaja pesanan dia tu. Mana tidaknya, dulu sudah terkena sekali. Kali ini seakan tidak mahu amik peduli pula. Dulu?

Ohh..dulu mengenai appraisal ibu..


Penyudah..bila buka surat, emmm..bersyukur sahaja lah. Sudah tertulis bukan rezeki ibu. Orang lain attendance lagi teruk pun boleh dapat cantik. Hairan sungguh. Ibu datang kerja hari-hari awal apa, sebelum 8.30 tau...

Mengenai kursus 2 hari tu pula, anggap saja tiada. Mana tidak nya orang lain sudah pergi selama berhari-hari (orang-orang penting OK). Anggap saja ibu bukan orang penting yang perli pergi kursus, duduk diam-diam di pejabat, buat kerja kasi siap, dapat gaji bulan-bulan (yelah cuma orang bawahan), sudah lerrr...

Orang kata, berhijrah lebih baik. Itu yang ibu inginkan selama ini tetapi masih tidak ada rezeki di tempat lain. Berdoa dan tawakal sahajalah yang mampu ibu lakukan..

Doakan semoga ibu dapat kerja lain yang lebih baik, lebih bagus, kebajikan yang lebih terjamin, untuk masa depan kami sekeluarga. Amin...


Betapa hazab nak lalu..tapi tekad dengan niat mencari rezeki..


Nota Kaki : Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..





  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.