Keinginan Ibu Atau Aisyah??

By Mar Mansor - 1:19 PTG

Waktu rehat selama 1 jam, bersemangat minum Milo panas dengan harapan mata akan kuyu dan tidur. Tapi mata ni tak mahu tidur pun. Terlalu kusyuk menatap skrin komputer. Bukan buat kerja tetapi BW. Syok kan dapat baca blog-blog diorang dan berkongsi pelbagai maklumat.

Bukak Mudah.com, saja cuci mata. Mata ni memang suka tengok barang-barang untuk bayi. Mana yang berkenan akan ibu syorkan ke ayah, pastu paksa-paksa ayah belikan untuk Aisyah. Hehehe..

Bila ayah dah belikan untuk Aisyah, ibu pula lebih-lebih paksa Aisyah main mainan yang ayah belikan tu. Kali ni mata ibu berkenan betul dengan benda ni. Gaji nanti nak ajak ayah cari seketul untuk Aisyah.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Sangat berkenan dengan rupa dan warnanya..tapi tidak berkenan dengan harganya. Mana tidaknya, kalau harga '2nd hand' pun sudah beratus-ratus. Ini kan pula yang baru. Yelah, jenama little tikes, harus lah mahal.


Skodeng punya skodeng, terjumpa pula yang ini. Agak menarik juga. Harga pun agak munasabah. Hati berbunga riang setelah jumpa apa yang diidamkan. Bila-bila senang nanti, boleh la ibu ajak ayah cari menda nih kat kedai. Mungkin ada warna lain yang lebih menarik.




Nota Kaki : Tiba-tiba terbayang-bayangkan Aisyah sedang mengayuh basikal..alahai ibu!!!!


  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.