Tekak memang dah terasa nak makan ikan pekasam bila tiba bulan puasa ni. Terbayang betapa nikmatnya makan dengan nasi panas. Umpp.. Segar bugar terus mata sebab dia masin kan.
Aku pernah makan ikan pekasam homemade dari Kedah, kakak aku belikan. Tak ingat jenis ikan apa. Yang pasti memang aku suka makanlah. Sedap!
Hari tu kirim dengan kawan. Cuma ada talapia. Sekor besar gini RM6. Emm?? Mahal gak..
Ni kes terlewat bangun sahur. Mujur nasi dah masak siap-siap malam hari. Yelah, guna rice cooker kan. Tekan je pastu tinggal.
Tapi, lauk camni pagi-pagi makan memang sedap. Tambah pula dengan nasi panas.
Bila anak demam, ada masanya dia merengek minta perhatian dan belaian. Bila anak demam, seeloknya ibu yang berkerja ambil cuti dan beri perhatian sepenuhnya kepadanya.
Anak lebih cepat baik apabila ibunya sendiri yang menjaganya. Malah, dia rasa sangat selesa berdamping dengan ibunya.
Beri ubat dengan dos yang doktor syorkan. Selain itu, beri makanan yang lembut dan berkhasiat seperti bubur ayam.
Kerap lap badan anak untuk elakkan suhu badannya naik. Sentiasa pantau suhu anak. Suhu badan panas melampau boleh menyebabkan sawan.
Lap badan anak bermula dari kaki. Bawa ke perut, belakang badan dan kemudian terus naik ke atas dan akhirnya kepala.
Penggunaan cool fever bagi membantu mengurangkan panas badan dan membantu menyerap panas. Cool fever boleh dilekatkan di dahi anak usai lap satu badannya.
Jika demam anak tidak kebah selepas 3 hari, bawa jumpa doktor dengan segera. Biasanya, darah akan diambil untuk memastikan darah bersih tanpa jangkitan kuman.
Seperti kes Alif, darahnya bersih tapi dikhuatiri demam denggi. Suspek denggi. Maka, doktor menyuruh kami datang lagi esok hari untuk menguji darah Alif.
Dua hari berulang alik ke KK, bagi memastikan darah Alif bebas kuman dan sebarang jangkitan. Alhamdulillah, Alif baik-baik sahaja. Lepas balik KK, cukup masa untuk makan ubat, dia dah kebah. Lega sangat.
Bujang ni manja terlebih berbanding Kak Aisyah.
Laju je dia memapah sekarang. Belum bab memanjat. Pantang sungguh bila nampak ibu dia letak makanan atas meja jepun. Hui,,,laju dia memanjat meja.
Orang kata, demam nak pandai. Nak pandai jalan kot. Merangkak la dulu dik oi..
Seminggu dua ni agak sibuk. Penat mengalahkan orang yang siapkan order biskut raya. Persiapan raya kami, adalah 10% je siap. Kali ni sangat-sangat bersederhana.
Banyak-banyak menu, ini je yang sempat snap. Selalunya, siap masak tak dan dah nak buat apa-apa. Terus stanby nak berbuka. Lagi mau snap gambo? Takde maknanya... Laporr uii..
Roti jala simple ni, sesimple resepinya juga. Alah, mudah bebenor, nak menjala je kadang-kadang malas sikit. Simple tapi sedap, sekali hadap 10 keping masuk mulut.
Blend semua bahan hingga sebati. Tuang dalam mangkuk besar. Godak-godak lagi. Testing, aduan ok ke tak.
Tebar jala atas kuali non-stick, saya sapu minyak sikit dengan daun pandan bagi aroma wangi.
Cicah kari sotong dalam tin. Sebab baru teringat ayam dalam peti ais dah habis.
Kalau kat luar, orang jual singgit 4 keping. RM2.50 adalah 10 keping. Kan? Saya jala kat dapur, 2 cawan tepung dapat 32 keping. Makanlah kami suami isteri dengan penuh nikmat.
Dah lama nak beli. Berkenan sejak baca reviewJulia. Tapi, masih berkira-kira nak beli yang mana satu. Sebenarnya saya dah pernah beli tapi barang yang sampai rosak. Return. Terus tawar hati.
Kemudian, terasa nak beli semula pula. Perlu tengok review pengguna juga. Bulan lepas dah nak beli tapi sebab tak banyak cod, cancel lah.
Dan, akhirnya..
Barang dah sampai, excited. Buka siap-siap, nak pastikan condition ok.
Ikutkan hati, warna pink jadi idaman. Tapi, oleh sebab warna coklet je yang ada offer, grab jela yang ada offer.
Plug china. Ini perkara biasa kalau beli barang murah. Confirm dari sana. Small matter je ni. Boleh tukar kepala plug nanti.
Oleh kerana plug china, terlebih dahulu gunakan plug rice cooker atau water heater untuk pastikan barang boleh digunakan.
Dah pastikan barang ok, terpulanglah samada nak tukar kepala plug tu ke atau tak. Saya, selamba je potong, tukar kepala plug biasa.
Cubaan memasak nasi. Ok, great!
Cubaan masak megi ramen viral tu. Ok, berjaya. Cuma mi ramen tu takdelah sedap mana, pedas giler je lebih sampai makan pun menangis. Sedih..
Ni yang paling penting. Masak nasi lembik atau bubur untuk Alif. Bahagian bawah masak nasi, atas pula buat kuah sup.
Terbaik!!
Bila nasi dah masak dan kembang, terus angkat dan saya lenyek-lenyek dengan sudu besi. Memang sangat mudah. Kalau nak panaskan semula pun mudah. Bubuh air sikit dalam periuk dan tekan button. Panaskan 5 minit sudah.
Selain itu, boleh juga rebus telur.
Yang pasti, dengan adanya lunch box ni, kerja saya lebih mudah. Tekan dan tinggal. Set masa dalam 30 minit, dah masak cantik dah.
Pemenang bertuah akan menerima tudung/selendang beserta mask sheet setiap seorang!! Jadi.... tunggu apa lagi, jom baca syarat-syarat penyertaan. Mudah je...
Buat satu entri bertajuk GIVEAWAY BY SYAZWANI MAZLAN 2016 (letak gambar di atas tu beserta syarat-syarat penyertaan.
Follow Blog Wani
Like Page Wani
Selesai buat entri, komen entri ini dan beri link entri tersebut Terbuka untuk Bloggers seluruh Malaysia Tarikh Tutup Penyertaan 13 Julai 2016 Giveaway akan terbatal jika penyertaan kurang daripada 30 orang.
Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak, dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin.
Kami adik beradik Ema & Lisa ingin mengucapkan SALAM SAYANG salam Ramadhan . Blog VetoVirago sudah pun 1 tahun 4 bulan & ini merupakan first giveaway kami , dengan harapan agar semua bloggerian senyum selalu dan happy-happy ajerrr ...
KLIK GAMBAR UNTUK JOIN GIVEAWAY
Hadiah yang ditawarkan untuk
Giveaway Sejuk Sedap Ramadhan 2016
ini adalah :- jengg , jengg , jenggg !!!
Untuk SEORANG yg bertuah sahaja ...(pemenang dipilih oleh adik kembar kami berusia 9 tahun) :
1 x T-shirt Exclusive Sabun Sejuk Sedap berharga RM 58
... dan +10 hadiah menarik yg lain , iaitu :
2 x Sabun Sejuk Sedap berharga RM 35
2 x Sampul Duit Raya Sabun Sejuk Sedap
2 x Tapak iklan di Top Sponsor Blog selama sebulan
Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini). Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?
Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.
Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz
Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.
Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.
Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.
Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.
1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage
CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!
Wassap : 0196141393
Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.
Saja mengabadikannya di sini. Bukan pertama kali ke sini tapi sudah berkali-kali cuma sebelum ni ntah cam rasa tak nak share kat blog.
Dari dulu sampai kini, saya hanya mengikut telunjuk orang. Orang suruh buat A, buat. Buat B,buat. Tapi, rasa macam tak berbaloi.
Lagipula bila kita pergi diiringi orang lain, walhal hakikatnya mungkin kerja itu hanya dilakukan seorang dua. Fungsi yang lain datang tu, ntah..saja meneman ke atau saja bos nak tunjuk kat orang anak buah dia yang berpangkat. Kite, takde pangkat.
Tapi,,
Kali ni pergi hanya berdua, maka, dua-dua buat kerja.Saling back-up memback-up. Kerja filling je pun, tapi...hazzab...taubat. Kalau saya disuruh pergi sorang, uiii memang tak pergilah oii..
Dari jam 10 pagi sampai lah 3 petang. Ermmmm,,, unexpected, sebab saya budget paling lewat pun jam 1. Lagi 1, saya memang tak suka buat kerja dcc ni sambil duduk. Berdiri lagi cepat siap.
Finally, bila dah settle, rasa lega sangat. Terlepas satu beban.
So, say babai to Besar A, and get ready for F12. Rasalah hazzab lain pula nanti.
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Ya, tanyalah siapa sahaja, takde yang jawab tak.
Dek kerana kos yang semakin meningkat hari demi hari, sampaikan harga adakalanya tak masuk dek akal. Perlu sentiasa aad alternatif positif untuk berjimat.
Alif..
Si bujang yang tidak memilih. Bermacam jenis diapers saya telah cuba, semua tiada masalah baginya. Dan, akhirnya, saya memilih untuk terus menggunakan diaper jenama Tesco Love Baby.
Semuanya bermula, dari page FBIbu Hamil Berpantang Menyusu. Dapat info dari situ. Ramai yang cakap, diaper ini berkualiti. Apa lagi, saya cubalah!
Pek Tesco Love Baby
Penyerapan yang bagus
Keadaan dalamnya
Mungkin tak setanding jenama terkenal yang lain. Tapi, selama berbulan-bulan menjadi pengguna tegar jenama ini, saya sangat berpuas hati.
Kualiti bagus, kuantiti pun banyak. Corak pun comel. Luarnya bukan plastik. Tape juga bagus. Pendek kata diaper ni ala-ala Drypers cuma nama je berbeza.
Biasa beli ketika promosi, RM26.90. Kalau harga biasa, RM29.90. Jarang beli masa takde promosi.
Si cilik berdiaper sahaja dek cuaca panas sekarang.