Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Alif & Basikal

Assalamualaikum


Alif baru berusia setahun 3 bulan. Dasar anak jantan, lasak gaya jantanlah! Tak main dah panjat sofa. Kacang sangat.

Sejak pandai bertatih dia meman rajin tolak basikal. Tolak je. Itulah aktiviti harian dia. Seronok sangat bila dapat tolak basikal.

Dapat naik basikal, walaupun kaki belum sampai nak kayuh, dia tetap gigih nak kayuh. Dengan mulut bising bunyi "vrooomm".."vrooomm", menyembur-nyembur air liur.

Minta kakak pegang adik, tapi lain pula yang kakak buat.


Ini welfie bertiga tapi ibu dia menyorok belakang anak-anak. 


Budak-budak mana tahu penat. Ibu dia je penat sebab tu turunkan Alif dari basikal. Tapi, dia mengaruk nak naik lagi. Seronok la tu. Ok, naik lagi kita pusing 3, 4 round dalam rumah.

Ok cukup. Ibu dah penat. Turun dua-dua, kita tengok tv.

Astro seperti biasa, ulangan tayangan. Tukar channel apa pun, semua tidak kena. Akhirnya, tengok rakaman  Maleficent. Seronok melayan Cik Aisyah berbual, tak sedar Alif mula memanjat basikal. Tidak sempat aku melontarkan laungan, dia sudah "gedebuk".


Budak nakal tengah duduk diam meratapi nasib diri.

Kelopak mata bergarit, alhamdulillah tidak kena mata. Dan dahi "bertelur". Dalam saat ini minyak kelapa dara sangat membantu memulih luka. Memang serasi, cepat berkesan. In sha Allah dengan izinNya.






Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Hahahaha! Kesiannya lahai dak Alif! Kena lebih hati-hati kan..budak tgh lasak :D

    BalasPadam
  2. sampai bertelur dahi huhu kesian alif.

    p/s klik klik nuffnang : mars :)

    BalasPadam
  3. Aliff tengah lasak ni Mar. Leka sikit aje memang gedebuklah
    Takat benjol tu biasalah.
    Tapi Aisyah ni baguslah rajin melayan adik dia.

    BalasPadam
  4. Klau x aktif pun pyah juga tu klau tgk budak diam je, baik tgk dia aktif tpi knala menahan hihi

    BalasPadam
  5. mana lah reti nk duk diam ye Aliff... dia pun nk basikal jgk... dh tak sabo dia

    BalasPadam
  6. biasalah tu mar
    anak2 mmg aktif manjang
    kita yang letih kemain ha kann

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code