Rempah Ayam Madu Ammar Global

By Mar Mansor - 9:00 PG

Assalamualaikum


Rempah Ayam Madu Ammar Global | Tak susah dah nak cari ayam madu ke kepak madu dah zaman sekarang ni. Lagi kalau yang tengah mengidam. Tak perlu risau sampai penat fikir mana nak cari ayam madu yang sedap. Boleh buat sendiri dah. Hanya perlu perap dan bakar. Dah masak, boleh terus ngap!


Rempah ayam madu keluaran Ammar Global Food Industries ni dijamin sedap, bermutu tinggi dan yang pasti halal.

Di sini saya kongsikan tips untuk memasak ayam atau daging yang telah diperap.


Paling sedap
DI BAKAR

- Sediakn bara api untuk membakar. Pastikan bara dah cukup panas.
- Letakkn ayam atau daging yang telah siap diperap di atas bara api.
- Apabila ayam atau daging nampak agak kering, terbalikkannya.
- Ambil semula air perapan lebihan dalam bekas perapan tadi ( tidak perlu tambah air lagi), sapukan air perap tadi pada ayam atau daging yang telah dibakar tadi.
- Ulang langkah 3,4 dan 5 untuk bahagian sebelah lagi ayam atau daging tersebut.
- Pastikn ayam atau daging nampak berkilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali sehingga ayam atau daging masak.


-DI GRILL
(MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB)

- Panaskn pemanggang ajaib. Pastikan sudah cukup panas
- Susun ayam atau daging yang telah diperap tadi di dalam pemanggang ajaib..
- Biarkan di dalam pemanggang ajaib selama 5-10 minit. (Bergantung pada ketebalan ayam atau daging).
- Terbalikkan ayam atau daging di dalam pmanggang ajaib untuk memasak bahagian sebelahnya. Pastikan ayam atau daging sudah agak kering sebelum menukar posisinya.
- Ambil air perapan ayam atau daging tersebut dan sapukan pada bahagian yang telah dimasak tadi.
- Ulang langkah 5 untuk bahagian sebelahnya.
- Pastikn ayam atau daging nampak kilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali, sehingga masak.


-DI GORENG

- Sediakan kuali dan minyak.
- Panaskan minyak yang sudah ada dalam kuali.
- Pastikan api masak kecil sahaja.
- Hanya menggunakan minyak yang sedikit.
- Masukkn ayam atau daging yang telah diperap ke dalam kuali.
- Sentiasa memerhati ayam atau daging yang digoreng supaya tidak hangus atau hitam.

========================


Oleh kerana stok ayam dah habis, saya bakar ikan jelah. Ikan bawal emas ni nak masak sweet sour pun bahan tak cukup, makanya, kita bakar jelah dengan rempah sedap ni. Rugi tak cuba.


1- Curah 3 sudu rempah dan terus ratakan pada ikan. Termasuk dalam-dalamnya. Mula-mula pakai sudu, kemudian terasa nak pakai tangan pula. Eh..eh.. Kemudian, tutup dan simpan dalam chiller barang sejam dua. Saya perap sejam je sebab perut pun dah kebulur.



2- Bahana menggunakan tangan. Macam pakai inai dah warna merahnya. Tapi jangan risau, ia tak melekat di tangan seperti kunyit. Bila basuh, warna merah hilang.



3- Yang best, ada ziplock. Memudahkan penyimpanan.


200gram ni boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak. Saya curah 3 sudu je untuk ikan tersebut. Ada banyak lagi stok rempah ayam madu ni.
Kerana excited, saya beli ayam pula. Untuk merasai kesedapan sebenar ayam madu ni.
1- Bersihkan ayam, cuci dan tos. Kemudian saya kelar-kelar sikit. Yang saya kelar tu versi over.


2- Terus curah rempah kering tadi dan gaulkan hingga nampak berkilat. Kemudian, tutup dan simpan di bahagian chiller.


Ini pula daging ayam bahagian dada. Pendek kata yang bahagian daging lah.


1- Potong daging ayam agak nipis sedikit. Ikut citarasa masing-masing. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian, curahkan rempah kering tadi dan gaul.


2- Ratakan rempah tadi hingga nampak berkilat. Rempah ini tidak perlu ditambah air. Tutup dan simpan di bahagian chiller.


3- Ini saya bakar di pagi hari.

Saya bakar sikit je. Licin Aisyah dan Alif makan. Alif suka betul. Habis seketul, minta lagi sampai kenyang.
Bagi yang berminat nak rasa, boleh whataps
Wan - 017-653 6532 (Johor area)



  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. wah..macam sedap je ni mar...nak jugak cuba..

    BalasPadam
  2. sekarang dah macam-macam rempah siap camni kan
    nampak cam menyelerakan
    awat tak tunjukkan gambar dah siap masak
    bagi lagi meleleh ayer liur pepagi ni...haha

    BalasPadam
  3. sedapnya ayam madu.. hehe
    saya datang singgah sini kak :)

    BalasPadam
  4. wah btmbh mudah kpd pguna, jimat masa nak sdia bahan perap bagai kan =D

    BalasPadam
  5. nom nom...nampak sedapp aihh

    BalasPadam
  6. Menarik jugalah Mar
    Utk JB aje ye ok juga tu:)

    BalasPadam
  7. Dapnya ayam madu, feveret ni

    BalasPadam
  8. Sedapnya, Mar! Tak tahanlah nak baca sampai habis. Rasa macam nak skip aje. Berkeroncong perut tau tengok Mar guna rempah ayam madu atas segala jenis makanan!

    KL takda ke? :(

    BalasPadam
  9. perghh tergugat iman :')

    www.neezalife.com

    BalasPadam
  10. menarik nyer, mar.
    jauh la plak nak membeli.

    BalasPadam
  11. Alamakkkk sedapnyeee.... cam nak beli jerk..

    BalasPadam
  12. senang sekarang semua dah siap, tinggal mix dan bakar je kan.
    .
    mak suka packaging dia, ziplock. senang tak masuk angin

    #TheRealBloggerMak

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.