Kenangan 2 Syawal 1438H

9:37 PG

Assalamualaikum

Kenangan 2 Syawal 1438H | Bangun pagi di raya ke-2 masih di Majidi Baru. Pagi-pagi kemas-kemas di dapur apa yang patut. Kakak ipar sulung ajak buat sukun goreng. Sebiji besar tu dapat sebesen besar, boleh buat kenduri. Tak sempat ambil gambar. Sukun goreng saya laku keras. Kejap je licin.

Usai selesai kerja di dapur, mandi, kemas-kemas, siapkan anak-anak dan kami balik ke rumah sekejap. Punggah barang, lepas zohor gerak ke rumah nenek di Mersing.

Sampai di rumah nenek dalam 4.10 petang. Kenderaan banyak di jalanraya. Masing-masing beraya kan.


Tidak lama kemudian, mak, abah, kak umi dan suaminya serta aidil dan keluarganya sampai. Mereka baru balik beraya di Felda Tenggaroh, rumah makcik kami.

Kak umi beli kek. Hari jadi dia jatuh pada 22 Jun, manakala adik ipar kami, Noni jatuh pada 24 Jun.



Kek tiramisu ada aiskrim. Sedap uiii.. Sekejap je dah licin, tambahan pula hari raya. Tetamu yang datang kira langkah kanan.


Potong kek, bahagi-bahagi agar semua merasa. Budak Alif makan tak ingat orang keliling. Kedekut budak kecik ni. Sambil makan, sambil pegang belon pink.


Dah puas makan kek dan bercomot-comotan, ok parking jap. Rileks katanya. Enjin belum panas nak main dengan sedara mara lain.


Tidak lama kemudian, Pak Cik kami dari Terengganu bertandang. Pak Cu kami belah lemang dan cicah dengan rendang daging Melaka.


Sebelah malam, saja jalan-jalan di tepi pantai. Bergambar di mercu tanda Johor di Mersing.



En.suami ambil kesempatan menunggang kuda. Alif taknak naik pula. Seram kot sebab tinggi.
Cas yang dikenakan, untuk dewasa RM10, kanak-kanak RM5.
Tapi, Alif tidak dikenakan cas sebab masih kecil. Pemandu bawa 2 round je.


Ini pula kereta kuda berhias. Cas yang dikenakan, untuk dewasa RM8, kanak-kanak RM5. Seround je dia bawa. Boleh lah untuk gembirakan anak-anak.


Apa pula cerita keesokannya? Tunggu...



You Might Also Like

8 comments

  1. Waaaa kek tu cantik la... Kemas jerk buatannya..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum mar...la tahun ni mar beraya kat majidie ke...kalau tahu boleh beraya rumah mil mar...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  3. assalamualaikum mar...kakak sama besday dgn mama kn...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  4. bestnya sukun goreng.... skrg ni ssh betul nk jumpa sukun tuh

    tang mkn kek bday di hari raya tu best tuh... pastu kalu tak jln2 tak sahla time raya nih.... lagi jauh lg seronok... jem tu anggap je lah penyeri

    BalasPadam
  5. Seronoknya..dapat jalan jalan dengan family tu yg lebih bermakna kan mar..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.