Selepas zohor, kami semua gerak beraya ke Felda Ayer Hitam.
Pakcik dan makcik semua belum pernah sampai di sini. Maka berbuallah mereka.
Sempat bergambar beramai-ramai untuk kenangan.
Kemudian, singgah pula di Sri Lalang, rumah sepupu sebelah abah. Saya tidak mengenali sangat dan sangat wajar beraya untuk saling mengenali.
Penuh rumah kami serbu. Oleh kerana anak-anak sudah pandai membawa diri, saya ambil kesempatan bergambar.
Bila sudah berkumpul ramai-ramai begini, hidang apa pun habis je. Lagi pula cuaca yang panas, minum air sejuk memang sedap.
Kemudian, kami berpisah di sini. Ada yang singgah Felda Sg Sayong, rumah Mak Lang. Kami sekeluarga pula ke Sri Gading, rumah Pak Chik.
Aiseymen di Sri Gading lupa dah nak bergambar. Kami dihidang rojak buah dan makan malam yang sedap giler, sardin! Anak-anak makan bertambah-tambah. Kuah rojak tu sedap sangat tau.
4 Ulasan
akak tak start raya lagi rumah pakcik kat felda..mcm pendek pulak rasa raya ni..
BalasPadam- Hernee Nazir -
wah, meriahnyaaa
BalasPadamwww.neezalife.com
bestnyaa ramai2 dtg beraya skali.. meriah ^^
BalasPadamMeriahnya
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.