Perancangan yang dilakukan secara tidak sengaja dan pasti tidak akan menolak kerana masing-masing tidak tahu. Alang-alang masing-masing sudah turun JB, kita pekena kacang pool barang semangkuk.
Perjalanan yang singkat menjadi lama bila jalan jammed tidak bergerak gara-gara ramai sungguh manusia ke pejabat HASIL (bersebelahan angsana) memohon Br1m. Terkejut saya. Jammed macam tu sekali. Bangunan Angsana sudah di sebelah tetapi kami di dalam kereta berpeluh kerana jammed. 1 jam juga dalam kereta.
Sanak saudara yang lain sudah lama sampai, menunggu kami di food court. Dah habis pun makan. Keluar sahaja dari kereta, dari jauh kami sudah dilambai. Tak sempat duduk, Pak Uda sudah mengira berapa ramai kami ini dan mengambil order terus. Cuaca panas macam tu secawan air tidak cukup.
Kacang pool di Angsana ini merupakan cawangan di larkin bomba. Biasanya kami cuma tapau di larkin bomba.
Sebelah kiri Pak Uda, sebelah kanan abah saya (sama tak muka diorang?)
Sebelum makan, ambil gambooo ~ Anak dara makan tak ingat ibu dia..
Macam biasa, saya makan berkongsi dengan Aisyah. Aisyah macam tulah, memang laju je makan bila makanan terhidang di depan mata. Selebihnya, laju sedut air dan makan air batu. Tak dapat dengan ibu dan ayahnya, minta nenek dan atuk. Ahaii...cucu sorang katakan..
Selpie sikit..belakang saya tu Mak Uda, Mak Chik dan keluarganya.
Nota Kaki : Saya sedang bercuti saat entry ini dipublish. Terima kasih atas kunjungan semua.
25 Ulasan
rindunya kacang pool kat sini..
BalasPadamp/s: mar, ada kode lah kat ruangan komen ni...
Dah lama nak cuba makan kacang pool ni tapi tak jumpa kat sini.
BalasPadamKakak pun biasa makan yg dekat dgn Bomba Larkin tu Mar. Kalau Angsana kakak suka mee rebus hj wahid:)
BalasPadamKalau musim BR1M dan bayar income-tax jalan sini memang jem Mar. Boleh ikut jln yg Petronas masuk susur ikut depan Mydin ok sikit.
Teringin nk mkn kacang pool. Tggu turun johor nnt pasti akn terjah sana.
BalasPadamSekarang kacang pool ni dah ramai yang cuba buat tapi mesti tak sama dengan resepi asal, kan? :)
BalasPadamWOW TERBAIK NIE
BalasPadamtak penah rsa lgi...tapi ramai org ckp sedap kan..
BalasPadamSalam! ^_^
BalasPadamAnda telah di tag! dalam giveaway by Ibu Zharith. Hadiah lumayan!
Check , here!
kacang pool tu ape .. org kate kat johor je ade ...s edap ke
BalasPadamAssalam,
BalasPadamSaya dari blog
http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2014/12/segmen-blogwalking-bersama-cikgu-farha.html ,
done follow this blog. mohon follow back ya :) . Salam kunjungan ^^
@Mama Niza
BalasPadamtulah blogspot problem lg kot..takde ubah setting, dah check banyak kali tau..
@eima
BalasPadamnama sejenis makanan..kuah berkacang berempah, letak telur mata dan makan dengan roti bakar
tak tau apa kacang pool tu..tak prnh dtg johor lgi :)
BalasPadamMeh la datang johor..
Padamwah lamanyaa tak pergi angsana..dulu zaman sekolah, situ lah tempat outing kami hihi
BalasPadamFuhh sedap... lama dah tak pekena kacang pool....
BalasPadamX pernh mkn kot kacang pool, wahh msti sdp ni
BalasPadamteringin lak nak rs kcg pool ni
BalasPadamjauh sgt pun nak pi jb sn hehe
Teringin nak makan. Kat angsana apa nama gerainya sis?
BalasPadamkacang pool haji..emm..apa ek..gambar ada snap tapi pada kakak..kih2..tapi ada tulis kak kathy, cawangan larkin bomba
Padamaida kalau ke jb tak lupa ke larkin pekena kacang pool ni.
BalasPadambest.
ada cawangan di angsana ye? ok ok ok... tq for the info :)
Kacang pool ni famous sungguh ya. Ini ke yang pengusaha kacang pool yang kahwin dengan pelakon Wan Maimunah tu? Hari tu katanya di MAHA2014 ada juga gerai kacang pool tapi saya tak pergi pun ke MAHA ni. Nanti kalau ada rezeki sampai ke JB nak juga cubalah.
BalasPadamawat tak tunjuk gambar kacang poolnya
BalasPadamboleh tumpang terliur sekali =)
Tu gambar yang anak dara tu menyuap tu..
PadamSalam. Hee kacang pool kat bomba larkin pun sedap juga.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.