Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Goreng Pattaya

Assalamualaikum

Nasi Goreng Pattaya | Tekak teringin makan menu di kedai makan. Kononnya. Tapi, nak melabur duit di kedai makan memang rasa berat hati. Bukan kedekut, tapi berjimat. Almaklumlah rakyat marhaen macam kami perlu berdikit-dikit. Kalau tidak, impian tidak dapat direalisasikan.

Pak menteri pun ikat perut yang gendut, ini kan kami. Yelah, setakat makan gaji, pendapatan isi rumah 5K kira cukup-cukup makan. Mana nak membayar pinjaman rumah, kereta, PTPTN. Hishh...bukan mengeluh, berkongsi rasa sahaja.


Nasi Goreng Pattaya berlaukkan Ayam Masak Merah.
Telur dadar tu versi jimat, kata nak realisasikan impian.
Nak resepi, meh cilok SINI.


Ayam masak merah saya tu sedap kot sebab en.suami makan bertambah-tambah, siap jeling saya lagi bila nak ambil ayam berketul-ketul. Makanlah cik abang oi..saya kan diet. Nak dengar pujian dari mulutnya memang tidak lah.


Sumber ~ whatAp group


Memang banyak barang-barang keperluan naik harga hingga ada yang cakap beli makanan di kedai lagi murah. Murah ke kalau sepinggan nasi goreng pattaya RM5. Kalau setakat beli bawang tu, RM4 boleh guna hingga 2 minggu kot. Kalau tak guna hari-hari memanglah rugi, membazir, terbuang begitu sahaja. Ikan bilis pun boleh simpan lama. Gula, tepung pun bukan hari-hari guna. Nak jimat lagi, minum air masak saja. Gas rumah saya pun boleh tahan hingga 6 bulan walaupun hari-hari masak. Ini bagi saya yang duduk bertigalah. Yang duduk seorang diri, berdua, memang ada kalanya rasa tak berbaloi nak masak. 

Maaflah sejak dua menjak ni ada kemalasan sedang bertapa dalam badan untuk create entri resepi. Masak tetap masak. Kalau ada masakan yang best saya sharelah ye.










Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. haha,,dia jeling2 takut kena babap tangan tu sebab makan lebih2..hehe..tapii,,nampak memang sedap lah..
    btw..iqha singgah sini sambil main klik2 nuffnang :))

    BalasPadam
  2. Wah... Sdap tu.. Lama tak makan nasi goreng patayya...

    BalasPadam
  3. sedapnyaa dah lama tak makan nasi gorenng pataya ni

    BalasPadam
  4. Puas hati kalo masak sendiri. Air tangan isteri pengikat kasih sayang suami dan anak2..

    BalasPadam
  5. Nasi goreng pattaya mmg best... selalu membuka selera.. :)

    BalasPadam
  6. hehe...kesian golongan marhaen cam kita ye
    samalah saya pun, masak walau tak suka masak =)

    BalasPadam
  7. Btl la sis klau msk sndiri lgi jimat byk, lya memg jrg sekali mkn kat kedai melainkn KFC hehehe

    BalasPadam
  8. lepas ni nasi pataya memang nasi goreng biasa dibungkus telur je lah gayanya T__T nanti letak ayam, daging, or seafood lagi mahal

    hanisamanina.com

    BalasPadam
  9. Saya tengah pelik berfikir ni, Mar. Harga minyak dah turun, takda ke harga barang yang akan ikut serta turun sekali? Kemungkinan besar taklahkan tapi apa alasan di sebalik tak turun harga ni? Kalau harga minyak naik, bukan main laju lagi harga barang naik!

    BalasPadam
  10. Ayam masak merah, memang feveret saya..saya pun akan makan bertambah-tambah

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code