Renew insurans kereta untuk tahun ke-5, bulan Januari akan expired. Makanya, terus renew bila gaji masuk. Uihhh...ada lagi 4 tahun mendatang nak habiskan pinjaman kereta. Masa tu umur dah 35 tahun. zzZZZ
Minta tolong kawan sekerja buatkan. Tahun lepas minta pertolongan dari isteri kawan. Komputer kompeni ni kalau access website government dan sewaktu dengannya memang slow. Di rumah pula guna broadband celcom, umobile pun adakalanya slow. Kena pakai unifi juga agaknya baru laju berdezup.
Lega hati bila dah renew. Tak sangka betul perkhidmatan MyEG cepat dan pantas. Sebelum jam 10 pagi s selesai submit, jam 11.23 pagi road tax dah selamat diterima. Beberapa jam sahaja! Terkejut mak!!!
Selamat diterima ~terima kasih banyak-banyak kepada adik yang menghantar
(sebab dia panggil saya akak).
Awal tak awal juga renew ni. Apa tidaknya, pengalaman lalu mengajar agar lebih bersedia. Tahun lepas, sampai terlewat-lewat terima road tax sebab renew pun lambat, (sebelum ni gaji setiap 1hb). Bukan tak mahu renew awal tapi siapa sangka ada orang yang memerlukan duit, dahulukan keperluan mereka.
Ditambah pula, entah apa ujian road tax tidak dapat diterima tepat pada masanya. Tawakal je pergi balik kerja dengan road tax kereta sudah expired. 6hb baru road tax sampai.
Kali ini saya lebih berhati-hati. Bukan apa, segala macam boleh berlaku, jadi buatlah persediaan awal. Sediakan payung sebelum hujan.
Nota Kaki : Tempat kerja ada buat kutipan kilat untuk mangsa banjir. Semoga saudara kita terus tabah..
14 Ulasan
Best juga org tolong buatkan Mar
BalasPadamKalau kakak senang pergi aje pejabat pos terus dpt
best la orang buatkan
BalasPadamhehehe..tula ada kawan yang baik..bagilah upah sikit
BalasPadamWah..Dah renew road tax..Kete kami bln March nnt..huhu...Tapi kena ready duit dr skrg sementara ade..kiki. Semoga mangsa banjir mndapat bantuan yang sewajarnya.Amin
BalasPadamx pernah lagi guna myeg, biasanya call balik bank, diaorang tlg buatkan.
BalasPadamheee kalau buat sendiri dapat diskaun 10%...
BalasPadameh yeke..
Padamsenang klu dah settle awal bleh angkat2 kening lalu depan abg JPJ ;p
BalasPadamRenew jngn tak renew.. nanti road block susah pulak klu tak renew hehee.. :D
BalasPadamYa betul tuh guna etiqa takaful online lagi mudah n pantas plus dpt discount 10%. Saya pun buatkan utk kwn2 gak. plus road tax guna myeg. submit pagi, tghari dah sampai :)
BalasPadamasal roadtax aje mesti cari ayah hahaha.. sebab belum ada gaji nak setelkan road tax sendiri :P
BalasPadamyang ni pun tak penah ambil tahu
BalasPadamSaya ni walaupun dah lama pandu kereta tapi tak pernah ambil tahu tentang perkara ni. Roadtax renewal biasanya saya telefon agent yang biasa saya gunakan sejak berkereta dulu. Cakap je insurans dan roadtax dah nak tamat, esok petang dah terpacak di depan rumah. Tinggal nak sediakan duit je. Both kereta saya tamat tempoh hari yang sama, 25hb Dis :) Saya lagi berani, saya samakan hari both kereta supaya senang saya nak ingat!
BalasPadamKeta saya tamat bulan 12, time tu la nak bercuti, bukak sekolah...memang sakit jugak nak keluarkan duit.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.