Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

JLY Pelanggan Tetap Mereka


Masa mula-mula dapat kereta mesti korang dapat booklet kan? Tidak kiralah apa jua jenis kereta yang korang beli. Mesti dapat semasa penyerahan kereta. Lepas tu, dalam tempoh warranty mesti korang rajin complaint kan. Rugi tak complaint sebab itu kan hak kita sebagai pengguna. Macam saya juga, walau kereta saya kecil cenonet, ia tetap harta saya yang saya perlu bayar setiap bulan, tidak pernah miss selama 9 tahun.



Nasihat kepada sales advisor di luar sana, walau sekecil mana kereta itu, apabila ia datang servis kepada anda, walaupun jumlahnya tidak mencecah RM300 untuk sekali bayaran, ia tetap rezeki yang masuk untuk anda kan? Jika pelanggan pertikaikan itu ini, kenapa perlu buat, kenapa perlu tukar, jawablah dengan sebaiknya, bukan dengan jawapan yang membuatkan pelanggan rasa malas nak tanya. Dan kemudian, kamu mengumpat pelanggan tersebut di belakang (workshop) dengan ayat-ayat sinis seperti.."alah macam kereta dia tu mahal sangat.."No, no, no,... setiap pelanggan membawa rezeki.

Saya pernah bekerja di Perodua Service Center (JB3) selama beberapa bulan sebelum saya bekerja di tempat sekarang. Saya dilantik dalam pengurusan tali pinggang belakang (wajib pasang bagi kereta yang tidak mempunyai tali pinggang belakang ketika itu).

Sedikit sebanyak ilmu saya kutip di situ. Saya suka belajar, tidak kira apa jua perkara dan saya tidak suka tunjuk pandai meskipun saya tahu sebab bila kita tahu..sendiri mau ingatlah! Saya perhatikan kerenah pelanggannya, kerenah pekerja dan akhirnya saya resign setelah menerima offer di sini.

Entah kenapa ye saya ni setia sangat di satu-satu tempat. Lihatlah buktinya. Walaupun kereta saya mencecah usia 5 tahun (awal Januari ini), saya tetap menghantar kereta saya servis di sini. Orang kata, orang-orang kaya je hantar servis kereta di sini. Ermm...entah sebab apa. Tapi saya rasa selesa.

Disarankan klik untuk lebih besar

Disarankan klik untuk lebih besar

Disarankan klik untuk lebih besar

Disarankan klik untuk lebih besar

Disarankan klik untuk lebih besar


Setiap kali menghantar kereta menjalani penyelenggaraan di situ (aicehh) kereta baru je banyak. Hehehe..yelah kan kereta baru kan dapat free, free labour charge je pon. Eh, free juga tu. Rugi tak gunakan. Bukan senang tu nak dapat free.

Sebagai pelanggan tetap di sini, saya memang puas hati dengan servis mereka. Cop-cop tu sebagai bukti kereta saya menjalankan penyelenggaran di situ. Tapi, eh pelanggan tetap macam saya ni takde dapat apa-apa benefit ke eh? Tiap kali servis pon dapat tisu, kalender, pelapik air. Ermm..apa kata tukar sikit marketing strategy tu. Bagilah sport rim ke, tinted baru ke, tak pun engine oil free pon ok apa. Baru pelanggan sayang. Hahahahaha..

Sebagai satu syarikat di bawah naungan kompeni yang gah, takkan guna sistem cikai-cikai kan. Mustahil. Tapi tulah, takkanlah dalam sistem tu takde rekod servis-servis kereta saya. Dekat 5 tahun kot. Takkan tak kenal kereta saya. Eh kereta buruk, sapa nak pandang. Banyak sangat ke kereta yang datang servis setiap hari? Ada cecah ratus, saya tak fikir macam tu.

Staff yang duduk di kaunter pun bersilih ganti. See, saya cam tau.

Kot baik hati, saya cadangkan korang buat cabutan bertuah untuk pelanggan tetap macam saya ni. Yelah, mana tau regular customer korang tu ramai sangat sampai dah tak terkira kan. Kot ada peluang bawa balik sebiji Alza ke kan. Perghh!!

Saya ada hantar email kepada mereka dan mereka ada call saya untuk pencerahan. Terus muka rasa macam pakai blusher. Malu ai...tapi sendiri juga yang hantar email tu. Almaklum sejak bergelak blogger ni kurang sikir perasaan malu berhadapan perkara-perkara macam ni.

Terus terang saya katakan yang saya tetap tak puas hati sebab saya regular customer. 5 tahun kot. Frustlah camni. Saya tahu yang mereka akan follow up randomly (kan saya pernah kerja di situ). Eh, sekali pun tak kena eh nombor kereta saya tu. Huhuhu..ciss..nombor takde ong. Tak payah lah korang setia sangat servis kat tempat macamni. Huh, macam tak respect regular customer je.

Rupa-rupanya untuk mendapatkan diskaun untuk spare part bagai tu kena register di smart-assist. Huh..apsal saya baru tau? Malu pula rasanya. Ish..lain kali korang remind lah regular customer korang ni. Mana saya tahu. Rugi tau..5 tahun tau..tau..korang memang kejamlah..

Saya dah booking appointment hari Isnin (hari ini lah), tawakal sajalah untuk servis tukar timing belt tu. Tengok duit terbang.



Nota Kaki : Ada sapa2 kerja di Perodua Service? Sila usulkan entri saya ni ye..







Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. betul kena layan customer baik baik. barulah nanti dia selesa dengan kita :)

    BalasPadam
  2. 5 tahun tu satu tempoh yg lama juga. Kalo buat sedikit pembaharuan pd regular customer sue sokong. Mana tau ada rezeki menang besar jugak kan? Hehe..

    BalasPadam
  3. Kakak tak pernah setia dgn satu tempat utk servis kereta ni Mar.
    Tapi agaknya kalau boleh dpt free sport-rim kerana jadi pelanggan setia kakak nak lah hahaha...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum
    singgah pagi
    hari ini x berapa ada mood nak update
    mengenangkan rumah anum kena banjir

    BalasPadam
  5. kebanyakannye org cakap klu service center Produa ke Proton ke mmng agak tak memuaskan...

    BalasPadam
  6. alhamdulillah.. produa center nibong tebal ramah ramah pekerjanya *thumbs up* paling best diorang ada rekod milage and akan call kalo2 da lebih utk mai service. baru rasa disayangi..

    BalasPadam
  7. Klu kerja tak iklas semata2 nak dpt duit macam nilah jadinya... tak ada rasa ikhlan nak melayan pelanggan. Suruh dia cari kerja lainlah...

    BalasPadam
  8. Samalah saya dari kancil sampailah kereta skrg nih dah 10 tahun still hantar tmpt yg sama kat Perodua Tampoi. walaupun mahal tapi saya puas hati. kat perodua tampoi mmg terbaik service advisernya. ada refreshment mcm mee goreng, kopi, teh, biskut. lepas 2 hari servis mesti ada call tanya kereta ada problem tak.

    BalasPadam
  9. 5thn,lama tu.... Cikna smpi servis ke-4 je kt proton, msk servis ke-5 Cikna wat kt bengkel biasa je slma servis kt proton xprnh dpt souvenier pun t'msk la kalendar...;-(

    BalasPadam
  10. waaa bagusnya, lama tu setia. 5 tahun..saya servis di perodua masa 3 bulan pertama je, lepas tu curang terus..hihihi

    BalasPadam
  11. okay, saya bab kereta memang fail
    tahu drive aje, mungkin sebab belum ada kereta sendiri...hehe

    BalasPadam
  12. Ini patutnya dah masuk dalam golongan pelanggan VIP yang dihargai. Punyalah setia sampai 5 tahun. Kalau servis baik silap haribulan sampai habis bayar kereta pun tetap akan ke sini ya, Mar. Macam mana company ni tak nampak kesetiaan pelanggan yang satu ni?

    BalasPadam
  13. 5 tahun lama tu. Patutnya company sediakan ganjaran pada customer yang setia. Mungkin boleh menarik pelanggan lain ke company diaorang.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code