Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Blog Suka Intai #2



Saya tak ingat macamana saya boleh sampai ke blog ini. Semuanya secara kebetulan, mencari maklumat tertentu. Sedari itu, saya sering mengintai blog ini.

Sebab apa? Sebab saya bangga dengan semangat dia. Bukan mudah untuk membesarkan anak yang lahir pra-matang. Saya intai satu persatu entrinya dan saya mula faham dan betapa tabahnya dia dan suami.





Permata hati mereka sudah genap 2 tahun pada 4 November yang lalu.  Setiap perkongsian dalam blog ini membuatkan naluri keibuan saya sering terpagut. Sayu hati. Serentak itu, hati terus memanjatkan syukur tidak terhingga.

Sudi-sudikanlah ke Blog Anak Beranak. Sempena hari ulang tahun ke-2 Izara yang telah lama terlepas tu, auntie doakan moga Izara sihat-sihat selalu, membesar menjadi sorang muslimah solehah.









Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. jom pakat intai2 di hujung minggu -=)

    BalasPadam
  2. aunty pun doa izara sihat2 selalu k

    BalasPadam
  3. IbuNoey pun ada follow blog ni.tahun lepas pun IbuNoey ada share pasal blog ni.memang sedih dan terharu bila baca pasal Izara..

    BalasPadam
  4. uish mencabar tu.. tabah sungguh..

    BalasPadam
  5. nanti nak terjah jugak..hihi..thanks Mar..

    BalasPadam
  6. Ok, kalau sempat insyaAllah akan terjah.

    BalasPadam
  7. Again, saya tak pernah sampai ke blog ini. Blogwalking ke rumah kawan-kawan semakin limited timenya dek kerana list makin panjang tapi saya memang cuba berusaha menambah kenalan baru di alam maya. Nanti-nanti saya terjah.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code