Selesai mengisi perut, Aisyah mula mahu bermain dengan saudara lain. Saya jadi pemerhati sahaja. Budak sekecil Aisyah memang selalu kena buli, bukan dia faham lagi.
Welpie..di sofa empuk.
Kepenatan bermain di luar, Aisyah sambung bermain di dalam rumah pula. Macam-macam disusunnya. Pura-pura tidur dan menidurkan patung elsa.
Makcik-makcik, akak, adik saudara semua leka menonton drama di TV3. Pakcik-pakcik pula galak berborak di luar rumah. Hadapan rumah abang sepupu saya tu ada taman, memang seronok berborak tanpa gangguan kereta lalu lalang.
Tidak lama kemudian, kami dihidang pula mi siput. Memang sedap. Rangup dan lembut. Kakak sepupu kata, dari Muar, kirim dengan kawannya.
Gelagat si kecil (anak abang sepupu) yang jadi perhatian kami
Kusyuk sungguh bermain game candy crush hingga di tengah pintu.
Hari kian lewat dan kami berangkat pulang. Malam-malam begitu pun jalan jammed. Sampai rumah, jam 12 tengah malam. Mata masing-masing dah kelat. Jumpa bantal, memang terus mimpi.
11 Ulasan
happy moment
BalasPadamSeronok tengok gelagat anak-anak... :)
BalasPadamBila dah berkumpul sanak-saudara masa berlalu pun tak sedar Mar. Kena pula jalan jem, letih - memang bantallah yg terbaik ubatnya:)
BalasPadamtime best bila berkumpul..ialah makan2..mana Mi Siputnya..nak tengok..:)
BalasPadammi siput tu cam mn hehehe
BalasPadambudak2 ngan games cam tu la..kdg2 kita pun ralit tgk diorg main haha
Sronok dpt brkumpul ramai2 kan sis, mcm2 ragam gelagat ada
BalasPadamBerkumpul dengan keluarga sendiri mmg best kan Mar.... Ohhh lama tak makan mee siput. Mee siput ada gak jenisnya kadang tu tak rangup kadang tu keras. Tengok jenis jugak
BalasPadamWahh... khusyuk betul tu main game hehee.. :D
BalasPadamSeronok dapat berkumpul ramai-ramai.
BalasPadamKalau balik kota tinggi, memang cari dan makan mi siput tu ada dalam agenda saya.
best dpt lepak2 dgn sedara mara kan
BalasPadamSesekali dapat lepak ramai-ramai memang seronok. Masa nilah nak mengupdate diri tentang cerita ceriti seluruh keluarga. Curlasslah si kecil tu, aunty ni dah tua baru pandai main Candy Crush tau ^_^
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.