Maaf, saya lupa nama kampung itu. Tapi, dekat saja dengan rumah kami. Kawasan Masai juga. Pengantin lelaki merupakan kawan tempat kerja lama en.suami. Sebaya.

Majlis pada hari sabtu yang lalu. Saya bekerja setengah hari. Jam 12 tengahari terus pecut ke rumah pengasuh ambil Aisyah dan segala barangnya. Susu sebotol sebagai bekalan adalah wajib. Saya pesan pada 'emak' Aisyah supaya menyiapkan anak dara tu sebelum saya sampai. Tengoklah Aisyah, cantik kan..


Bergegas pula ke tempat kerja en.suami yang mengambil masa 10 hingga 15 minit. En.suami bekerja seperti biasa pada hari sabtu. 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Masa bersama keluarga memang limit. Sabar sajalah. Kami mengambil masa waktu makan tengahari en.suami untuk ke majlis perkahwinan.

Oleh kerana itu, saya awal-awal sering meminta maaf kepada saudara mara yang menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan pada hari sabtu. Memang tidak dapat hadir, melainkan yang tinggal berdekatan. Ditambah pula di Johor cuti hujung minggu pekerja swasta dan kerajaan berbeza.


Usai menyalam tuan rumah

Dapat snap meja makan saja


Tiada gambar bersama pengantin kerana kami mengejar masa. En.suami perlu masuk kerja semula. Pengantin pula sedang sibuk bersiap di kedai andaman. Tidak ada rezeki untuk berjumpa dengan mereka.

Doa dari hati yang tulus ikhlas, semoga pasangan ini terus berbahagia hendaknya.