Seperti yang telah diceritakan semalam, saya mengajak en.suami ke Aeon Permas (lupa pula dah tukar nama kan), semata-mata untuk mencari sandal baru. Boleh pula, sandal yang saya sarungkan saban hari itu putus. Hahai..patutlah lain macam je bila berjalan. Siap stapler koo tak mahu kasi tanggal, yelah berjalan dari office ke parking, takkan berkaki ayam pula. 

Kalau diikutkan hati, pilihan saya tidak ada di Aeon Permas, ada di Aeon Tebrau. Takkan mahu ke Aeon Tebrau hanya kerana sepasang sandal. Kawan-kawan saya yang pernah ikut saya shopping kasut/ sandal pasti tahu betapa saya cerewet memilih kasut.

Saya tidak kisah harga (tetapi masih considerlah) yang penting sedap berjalan dan tidak janggal ketika memandu. Pilihan saya tentu saja jenis wedges. Memang kaki suka driving dengan sandal jenis itu.

Pilihan pertama saya haruslah crocodile. Warna hijau dan ada bunga-bunga. Cantik. Tapi, bila sarungkan yang baru, juga terasa tidak ngam di kaki. Rasa sedikit longgar. Terus je pilih yang ini. Sebab nak menunggu promoter yang tak mesra alam tu ambil stok baru sangatlah lama. Bila promoter menyuakan sepasang yang baru, terus saya cuba dan terus bayar di kaunter.

Inilah dia pilihan hati ~Simple dan murah!


Kurang selesa dengan promoter-promoter di situ yang berkumpul dan bergelak sakan, macam hape. Kemudian, saya tercangak-cangak memanggil. Promoter yang melayan saya sangat tidak mesra alam dan seakan marah bila saya tidak membeli sandal yang kali pertama dia bawakan.

Seolah hak seorang pengguna dipandang remeh dan ditidakkan. Patutlah saya dengar ada seorang kakak di belakang saya ni beria-ria meminta maaf kepada seorang promoter bila dia tidak jadi membeli. Saya pun menggunakan pendekaan itu bila tidak jadi membeli wedges pertama.




Nota Kaki : Dik, kalau mahu bekerja, cari rezeki yang halal, jangan buat pelanggan macam hakak ye..