Dah lama tergoda cuma masa tidak mengizinkan ke sana. Ramai rakan saya yang dah pergi cuma saya agak ketinggalan bas.
Pertama kali ke sini, terpusing-pusing juga mencari kedainya. Kain rentang DESSERT QUEEN di luar kedai membantu kami sampai ke destinasi. Kalau tidak, mau jenuh pusing-pusing lagi. Tiba sudah lewat petang, tidak banyak kek dan pencuci mulut yang tinggal. Mana tidaknya, habis waktu kerja jam 6 petang.
Selpie sikit
Sementara meatball masak, kami duduk-duduk sambil snap gambar. Tuan kedai, Kak Normah bermurah hati memberikan kami segelas air percuma kerana terpaksa menunggu. Aisyah, seperti biasa, tak pandai duduk diam dengan mulut yang menceceh mengalahkan Joyah.
Apa yang saya sangat teringin makan di sini? Swedish meatball yang dikatakan sama sedap seperti meatball di Ikea. Bebola daging yang lembut dicurah kuah yang memang sedap. Thumb up, Kak Norm.
Meatball yang sedap ~ RM9.90.
Double blis ni pun sedap sangat-sangat, penuh rasa coklat dan kek pula sangat lembut dan gebu. Meleleh air liur bila teringatkannya.
Double blis ~ RM7
Apam polkadot, pilihan Aisyah ~ "Ibu, nak bola.."
Ada rasa sedikit terkilan dengan pekerja kauternya yang mengambil order kami, tulis bukan main berderet, kira dan bayar juga mengikut order TETAPI saat memberi order kami di kaunter, kurang pula. Saya siap belek dalam beg plastik. Eh, kenapa cuma ini saja? Padahal order bukan main berderet. Rupanya dia lupa masukkan kek yang kami order. Boleh gitu?? Dan paling terkilan bila sampai di rumah, en.suami mencari kek yang diordernya. Rupa-rupanya kurang satu. Erkkk...saya pun turut rasa bersalah sebab tidak check betul-betul.
Ini salah satu yang saya tidak dapat rasa.
Apa-apa pun saya anggap kesilapan adik itu adalah perkara biasa. Nobody perfect, human mistake. Mungkin dia sedikit tergesa-gesa memandangkan kedai perlu ditutup tetapi pelanggan masih ada.
Bagi yang berada sekitar Pasir Gudang, Masai, Johor Bahru, boleh terjah Dessert Queen dan rasai kelazatan sebenar pelbagai menu di situ.
Untuk details, boleh ke
Facebook : Normah Omar
Berita baik, waktu operasi telah ditukar mulai Disember 2014.Hari beroperasi : Selasa - AhadWaktu operasi : 11.00 pagi - 7.00 malam.
*Update 2016 : Dessert Queen sudah berpindah ke Bukit Dahlia
12 Ulasan
Ada outlet baru macam inilah bagus bolehlah sesekali tukar selera kan Mar...
BalasPadamAisyah boleh tahan dah sekarang ye. Makin ligat dan cerdik.
Mmg.nmpk menarik.. ramai y kata meatball ikea tu sedap.. tringin jgk nk cari. Nk tgu kesana entah bila.
BalasPadambestnyer.... terliur nengok segala mcm dessert ngn meatball tuh... meleleh air liur
BalasPadammenarik nak2 pulak kek coklat tuh..adehhh..
BalasPadamalahaiiii yg tertinggal tuh yg xbest kan..dlm resit kek tuh dieorg punch x kek yg xdpt tuh?..kalau ye, ruginye lahaiii..
Camne keje tu..
BalasPadamTak fokus lah tu...
Rugilah kalau dah bayar tapi xde barang.
wow.. sedapnya.. semuapun nampak sedap. terliur ni :)
BalasPadamBestnya ada kedai melayu yg jual kek bagai ni Mar..... Semalam tengok JJCM ada Swedish meatball ...udak mak mcm teringin pulak Mar hihi...
BalasPadamSeda[ nye..ni yang buat selera makan membuak-buak ni..adoi bahaya2..
BalasPadamJemput join segmen Bloglist Sulung Annur
Berpeluang menang FAcebook Page dengan like 2000.
Nama boleh pilih sendiri
Klik -> Segmen Bloglist Sulung Annur
Wahh bestnya... menyelerakan.. :D
BalasPadamNmpk desert yg mcm2 ni aduhai sdpnya plak
BalasPadamGambar dua terakhir tu begitu menggoda jiwa. Nampak sungguh sedap tapi apakan daya, jauhnya di selatan sana.
BalasPadamBy the way, Mar saya dah order Mams'z Chicken yg Mar promote sikit hari tu ^_^ Nanti nak repeat order lagi!
Dekat sini boleh design gambar kek tak ?
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.