Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Doakan Pantai Timur

Baca new feed fb, entri-entri blog, berita-berita dalam tv, memaparkan berita sedih saudara kita di kawasan Pantai Timur. Sebak hati melihat rumah mereka yang hanya kelihatan bumbung dari atas. Tidak dapat saya bayangkan keadaan mereka. Bagaimana menyelamatkan diri sehelai sepinggan dengan keadaan air naik dengan laju. Kanak-kanak, bayi, mereka yang sakit, orang-orang tua.
Pinjam dari Google
Menitik air mata saya bila mengenangkan nasib mereka. Bagaimana mereka menjalani kehidupan selepas banjir surut nanti dengan barang-barang yang pasti 100% musnah. Allahuakbar. Melihat rumah mereka ditenggelami air, barang-barang musnah, siapa lagi yang perlu membantu mereka jika tidak kita.
Saya bangga melihat keprihatian rakyat Malaysia dalam membantu mangsa banjir. Menderma dengan kadar segera. Makan, selimut, baju, telekung, diapers dan barang-barang keperluan lain. Semua itu sangat penting!

Belum lagi yang terkandas di bukit, menunggu penyelamat datang kerana sudah terputus hubungan. Api tiada. Telefon pula sudah nyawa-nyawa ikan. Tak dapat saya bayangkan andai saya dalam situasi mereka.
Kalau sebelum ni saya rajin ambil gambar makanan dan upload di facebook atau IG (@janji_kita), kali ini saya diamkan. Melihat rezeki yang saya suapkan ke mulut, teringat saudara kita di sana.
Sama-samalah kita berdoa agar musibah yang melanda beransur.
Moga banjir surut.





Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. amin. may Allah ease everything. hope so semua terselamat dan kembali kepada keadaan yang lebih baik.

    BalasPadam
  2. Harapan semua kita sama mar, buat masa ini mengharap agar pantai timur yg sedang dlm kemelut banjir segera pulih..

    BalasPadam
  3. sama sama kita doakan untuk mangsa banjir :)

    BalasPadam
  4. amin...semoga akan ada yang lebih baik untuk mereka...sedih..mereka kena mula dari kosong untuk bina balik semua..

    BalasPadam
  5. sedih kan?
    aida ramai member d sana...
    mrk update kat fb & wassap.
    sedih...

    BalasPadam
  6. semoga keadaan menjadi bertambah baik ... harapannya .

    BalasPadam
  7. smga keadaan betambah pulih..sekolah pn dh nk dekat kn...

    BalasPadam
  8. semoga kita semua selamat, amin.

    BalasPadam
  9. semoga makin baik... hari ni dah nampak surut dah.. alhamdulillah...

    BalasPadam
  10. Sedih + trauma...sebab kathy dulu pun alami ketika banjir besar kota tinggi 2007.

    BalasPadam
  11. Semoga mereka semua dilindungi Allah..:'(

    BalasPadam
  12. Bersamalah kita terus berdoa agar mereka sentiasa tabah dan selamat dlm mengharungi ujian banjir ini... aamiin.

    BalasPadam
  13. saya juga amat bersimpati dengan nasib mereka
    tak tahu bagiamana mereka mahu meneruskan kehidupan
    moga mereka terus tabah

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah banjir dah surut tapi meninggalkan kesan yang amat sedih. Ramai yang kehilangan rumah, harta benda..dah jadi macam pelarian meminta makanan. Saya sering menitiskan air mata kalau baca kisah mangsa-mangsa ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code