Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sanak Saudara di Majidi


Sudah lama terperam rupanya cerita ini. Kisah sebelum saya balik kampung tau. Sebelum berangkat ke kampung halaman, kami sempat makan tengahari di rumah mak cik abang ipar saya. Rupanya tidaklah jauh dengan rumah FIL saya. Situ kan kawasan melayu. Siapa sangka pusing-pusing situ juga.

Menu mabeles, ayam masak asam pedas, sayur campur goreng, sambal ketuk, sambal belacan dan ikan kering. Macam ada lagi, tapi lupa. Saya makan nasi putih bersama sambal ketuk gitu je. Memang terjelir lidah tapi puas hati. Tak cukup air oren ais segelas dibuatnya.


Gelagat Aisyah bila berjumpa kawan. Seronok sampai tak ingat makan dah..


Di luar ada ikan kecil-kecil berwarna-warni.
Aisyah perhatikan je ikan tu tanpa jemu.
Kena berjaga, silap-silap tangan comel tu laju je celup ke dalam bekas terbuka tu.


Yang bertudung coklat tulah mak cik abang ipar saya.


Terima kasih banyak-banyak ye mak cik. Tak tahu pun nama dia apa. T___T  Sudi melayan kami sekeluarga, hidang makanan sedap-sedap. Panjang umur, kita jumpa lagi.






Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. menu kampung memang best sangat2 ! sha kalau makan nasik dengan sambal ketuk pun ngam sudah...

    BalasPadam
  2. Fuhh ayam masak asam pedas tuu.. marveles!!.. :D

    BalasPadam
  3. tak amek gambo makanan ke hehehe lauk2 kg biasanye mmng sedappp

    BalasPadam
  4. Salam. Hee seronok balik ke kampung.

    BalasPadam
  5. ayam masak asam pedas sedapnyaaa. :D

    BalasPadam
  6. hehe...kelakarlah mar ni
    lebih kurang sayalah, pergi rumah orang
    tapi tak tahu nama sape

    BalasPadam
  7. Biar benar Mar tak tahu nama makcik ni siapa! Confirm ya memang betul dia makcik abang ipar Mar. Kang tersilap rumah pulak :) Adat kita orang Melayukan, bila datang rumah mesti nak dijamu enak-enak.

    BalasPadam
  8. Saya pun baru kenal sambal ketuk lepas kawin dengan orang johor. Memang mabeles la.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code