Latihan kebakaran di tempat kerja pada hari isnin lalu. Macam biasalah, mengecewakan sebab kebanyakkannya berjalan lenggang kangkung. Sampai saya nak berlakon berlari-lari anak pun malu.
>___<
Berbaris di check point dan leader mula mengira anak buahnya. Ok, semua cukup, tidak ada yang tertinggal.
Dalam cuaca panas pun sempat lagik..
Sedang berbaris, tiba-tiba beberapa orang berlari masuk ke dalam kilang semula berserta first aid. Aikk?? Lama juga menunggu mereka keluar semula. Tertanya-tanya juga, lakonan apa yang mereka akan bawa.
Inilah mangsa yang mengalami kecederaan ~ lakonan semata-mata.
Kami diberi penerangan cara membalut tangan yang patah. Menggunakan kayu spin, diikat tidak terlalu ketat tetapi kukuh. Dan kemudian, cara mengikat anduh.
Masa ni, teringat pula zaman sekolah ketika menjadi ahli kelab St. John Ambulance. Semua ni saya belajar dan sudah lama tidak dipraktikkan. Ingat-ingat lupa sudah.
Nota Kaki : Saya sedang bercuti saat entry ini dipublish. Terima kasih atas kunjungan semua.
15 Ulasan
bestnya xtvt cm nie
BalasPadamrasanya mmg ada dlm peraturan kot kan latihan kebakaran utk setiap office. kami haritu belajar cara menyembur api guna pemadam api.
BalasPadamTakpelah lenggang2 kangkung hehee sekurang2nya dah tau protokol apa nak buat klu berlaku kejadian yg tak diingini. Klu betul2 terbako dah tak de lenggang2 kangkung lagi dah semua... :D :D
BalasPadamTime sklh n study slalu sgt kna buat fire drill ni
BalasPadamIlmu yang berguna tu.. sepa tahu.. akan jumpa pelbagai pengalaman pada masa akan datang.. hehe..
BalasPadamel pun dulu masuk PBSM persatuan bulan sabit merah
BalasPadamkaedah rawatan balutan semua belajar siap dpt sijil lagi
tp skrg dah lupa haha
Owh... lakonan semata-mata, ingatkan tengah sibuk berlari, ada yang jatuh sampai patah tangan ke hape...
BalasPadamSelalu juga buat ni masa kat aspuri dulu.
BalasPadamzaman sekolah dulu ada buat.. masa mama mengajar tadika pun, ada buat jugak..
BalasPadamopis aida ada sekali latihan kebakaran.
BalasPadamyes, semua lenggang kangkung. siap bwk handbag semua ha haha...
fail! :)
ok apa..selamatkan diri bersama handbag..penting tu
PadamSama dengan kami ni di pejabat. Boleh sempat fikir lagi nak bawa handbag ke, payung ke pergi ke checkpoint. Bila kira, ramai juga yang 'hangus terbakar'.
BalasPadamtau takpe MD..tapi kan,,kalau betul2..mesti kita sempat capai handbag kan..
Padamaritu ada juga latihan kat sini
BalasPadamsaya buat don't know aje, boleh dak gitu...hehe
Sebab tahu latihan yang jalan berlenggang kangkung. Hehehe....
BalasPadamSaya pun termasuk la jugak dalam senarai lenggang kangkung tu
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.