Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Singgah Rumah Atok Di Majidi


Pulang dari jalan-jalan di Puteri Harbour, kami terus ke Kg. Melayu Majidi, nak pekena ABC yang terkenal tu. Lokasi sekarang mereka berniaga adalah di hadapan masjid. Kerja membaikpulih dan menaiktaraf kedai makan mereka masih lagi dijalankan (lokasi berhadapan Pejabat Pos).

Hasrat terbantut bila melihat puluhan orang hingga nampak tempat makan itu sesak dan padat malah masih ada yang menanti meja kosong. Ditambah pula tiba-tiba hujan turun. Cancel ABC. Kami terus ke rumah atok Cik Aisyah (abah en.suami). Perkampungan melayu di tengah bandar, moga ia kekal di situ. Jika tanah melayu turut disesah, merempatlah melayu di bumi sendiri.

Kusyuk menconteng

Dari muka pintu rumah FIL, pembangunan pesat jelas kelihatan. Bangunan tinggi mencakar langit megah berdiri di sana sini. Tidak hairan jika tanah melayu di situ menjadi rebutan. Alasan mereka tanah itu hak kerajaan dan telah terokai. Tiada tempat yang tidak diterokai sebelum menjadi satu perkampungan. Betul tak? Andai tahu sejarah, betapa puluhan tahun lalu, tanah itu umpama tiada apa. Tanah mendap, di tengah hutan, ditambak dan dibangunkan menjadi perkampungan.

Pembangunan yang menghakis kawasan perkampungan itu kian merebak tanpa rasa silu. Tanpa rasa bersalah memamah kawasan yang telah dibangunkan penduduk kampung hingga menjadi perkampungan yang pelbagai nama. Kampung Hajah Asmah, Kampung Dato' Sulaiman Menteri yang memang terpampang signboard di tepi jalan. Menjadi laluan utama 'jiran sebelah' yang tidak habis-habis mengontangkan segala isi di bumi bertuah ini.

Makan malam, kami dijamu nasi putih kukus, sayur campur dan asam pedas ikan pari. Air tangan FIL. Memang meletop, terangkat! Air tangan dia memang sedap walaupun simple. Asam pedas ikan pari dia perghhh...suami saya memang suka (bukan dia tak suka makan ikan pari ke? kompius kejap). Tapi pada saya agak pedas jadi saya tidak makan berulang kali.

Cik Aisyah memang tak pandai diam selagi tak tutup mata. Berlari sana sini ditambah mulut becoknya. Asyik membontot atoknya minta perhatian. Begitulah budak-budak kan. Dek kepenatan, Cik Aisyah tidur dari jam 8.30pm (dalam kereta) hingga keesokan paginya! Itu pun dia masih tidur sewaktu saya hantar ke rumah pengasuh.








Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Berjuta nilai tahan di situ Mar.
    Harapnya taklah terkena dek pembangunan
    Tapi kakak rasa satu hari kena juga macam di Gelang Patah tu... nak tak nak memang kena juga.

    BalasPadam
  2. Eh... salah eja dah pulak hihi

    tanahlah bukan tahan:)

    BalasPadam
  3. bener mba kan lagi lucu-lucunya anak seusia aisyah itu hehe

    BalasPadam
  4. Sedapnye dpt mkn masakan FIL. Sue FIL dah tiada. Asam pedas ikan pari mmg sedap sangat..

    BalasPadam
  5. Aktiviti keluarga yg menyeronokkan... salam ceria selalu buat Mar sekeluarga.. :)

    BalasPadam
  6. wah hebat FIL pandai masak
    teringat abah sendiri pun yang cukup hebat di dapur =)

    BalasPadam
  7. Untungnya ada FIL yang hebat memasak. Sesekali merasa air tangannya tentulah sedap. Sampai kesukaan dan kebencian suami sendiri pun buat kita konpius sekejap :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code